HAMPIR enam tahun beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengembangkan perniagaan mereka dengan pembukaan besar-besaran cawangan ke-6 di Semenyih, Selangor pada Rabu.
Bersempena dengan majlis perasmiannya itu, ST Rosyam Mart yang beroperasi 24 jam sehari akan menawarkan diskaun hebat untuk pelbagai barangan terpilih.
Sama seperti pembukaan cawangan-cawangan sebelum ini, promosi ini akan berlangsung selama enam hari enam malam iaitu dari 26 Mac sehingga 31 Mac.
Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, para pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada.
BACA LAGI: Tak batal puasa jika hidu terapi, situasi berbeza jika hisap vape atau rokok
Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah 8 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan.
Lebih menarik, jenama pasar raya tersebut sentiasa mengadakan kempen promosi pada setiap bulan di kesemua enam cawangan yang beroperasi 24 jam sehari.
Menyentuh tentang premis terkini ST Rosyam Mart Semenyih, ia meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang dilengkapi tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan.
Bukan itu sahaja, ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas buat mereka menjual produk masing-masing.
BACA LAGI: [VIDEO] Gardenia NuMee lancar mi laksa kari, lantik Fasha Sandha sebagai duta
Pelakon, Ako Mustafa dan Angah Raja Lawak mengambil bahagian di Celebrity Corner.
Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di Celebrity Corner ialah Wak Doyok, Tyzo Xander, Prince Syed, Shah THR, Suki Low, Ako Mustafa, Angah Raja Lawak, Munif Hijjaz, Azza Elite, Asmidar dan pengarah Rashid Sibir.
Bertemakan slogan 'Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat', rangkaian pasar raya moden itu juga memperkenalkan konsep produk mudah cari merangkumi barangan basah dan kering di bawah satu bumbung.
Bahkan, berbekalkan tenaga seramai hampir 300 kakitangan, ST Rosyam Mart bersiap sedia memberikan 19 perkhidmatan percuma kepada para pelanggan setia pasar raya berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram