MASwings umum 3 ekstra penerbangan Kuching-Limbang sempena Aidilfitri


  • Massa
  • Isnin, 25 Mac 2024

MASwings menambah tiga lagi penerbangan sempena Hari Raya Aidilfitri. — Gambar hiasan

MASWINGS mengumumkan tiga penerbangan tambahan dari Kuching ke Limbang, Sarawak kerana menjangkakan peningkatan permintaan pelanggan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Susulan itu, penerbangan tambahan telah dirancang untuk 8, 9 dan 14 April serta melakukan penerbangan dua kali sehari pada tarikh tersebut.

MASwings buat masa ini melakukan penerbangan sekali sehari dari Kuching ke Limbang.

BACA LAGI: Kes parcel selalu hilang, abang kurier bongkar perangai sebenar 'budak flat'

Sarawak-borneo-doorway-kuching-darul-hana-bridge-600x399

Penerbangan tambahan khas buat warga Sarawak. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Wajib isi PADU, ada 4 lagi sistem lebih kurang sama pernah diisi penjawat awam terutamanya guru

Ketua Pegawai Operasi, Suresh Singam berkata, permintaan untuk penerbangan secara konsisten adalah tinggi semasa musim perayaan selama ini.

"Kami menggalakkan pelanggan kami untuk mendapatkan tiket mereka lebih awal kerana kebanyakan penerbangan pada musim puncak ini mengalami kadar penghunian yang kukuh iaitu antara 70 hingga 80 peratus.

"Krew penerbangan dan operasi kami bersedia sepenuhnya untuk memastikan setiap penumpang sampai ke destinasi mereka dengan cekap dan segera

"Ia membolehkan mereka menikmati lebih banyak masa bersama keluarga tersayang atau di destinasi percutian masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Perkhidmatan tambahan dari Kuching ke Limbang akan dikendalikan pada pesawat ATR 72-500 milik MASwings.

Tiket juga boleh didapati di kaunter tiket atau mana-mana ejen pelancongan yang dilantik di seluruh Malaysia.

Tempahan juga boleh dibuat melalui pusat panggilan Malaysia Airlines di 1-300-88-3000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram