Lima individu bakal kena dakwa kes stoking tertera kalimah ALLAH pada Selasa


POLIS dilapor mencadangkan supaya pendakwaan dibuat terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart dan pembekal terlibat dalam penjualan stoking kontroversi itu. — Gambar hiasan

BEBERAPA individu dijangka bakal didakwa pada Selasa berhubung kontroversi jualan stoking tertera kalimah ALLAH di sebuah kedai serbaneka di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Difahamkan, lima individu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi Selasa.

“Mereka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dan melukakan perasaan penganut agama lain,” kata sumber.

Dilaporkan polis mencadangkan pendakwaan dilakukan terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart dan pembekal terlibat dalam penjualan stoking kontroversi itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kami telah mengesyorkan agar kedua-dua, KK Super Mart dan pembekal stoking itu dikenakan pendakwaan, dan kami kini menunggu arahan daripada AGC,” katanya dalam satu sidang media pada Sabtu.

BACA LAGI: Ambil ilham suasana KL 1935, jurutera ini mula inisiatif berbasikal ke tarawih

The Federal Criminal Investigation Department (CID) director Comm Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. — YAP CHEE HONG/The Star

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

BACA LAGI: [VIDEO] AS dah keluar amaran 2 minggu awal, lebih 60 maut serangan kumpulan bersenjata, pakai baju celoreng di Moscow

Polis membuka empat kertas siasatan selepas menerima 143 laporan polis di seluruh negara.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan 'ketidakharmonian, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atau menjejaskan pemeliharaan keharmonian atau perpaduan atas alasan agama'.

Polis turut menyiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian komunikasi.

Nota permohonan maaf diletakkan pada paparan elektronik atau skrin daftar tunai di cawangan KK Super Mart di seluruh negara. — The Star/AUSTIN CAMOENS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram