MAJLIS Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terlibat dengan kontroversi membabitkan pengedaran stoking tertera kalimah ALLAH.
Tindakan itu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.
BACA LAGI: Polis rampas 5 stoking tertera kalimah ALLAH di kilang Batu Pahat
Pihak polis yang turut melakukan pemeriksaan di kilang menghasilkan stoking tersebut.
BACA LAGI: KK Mart mohon maaf isu stoking, Bell Ngasri pesan jangan buat main kalimah ALLAH
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.
"Notis itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin kepada Pengarah Urusannya, Soh Hui San di Menara MPBP, Jalan Rugayah di Batu Pahat, Johor pada Rabu," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Rabu, kilang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat menutup operasi melalui satu memo yang ditampal pada kain rentang di pagar premis itu.
Ia dikatakan sehari selepas kilang terbabit diserbu polis yang menemukan lima pasang stoking dengan kalimah ALLAH di dalam premis terbabit.
Kilang yang beroperasi sekian sejak lama itu terbabit dalam aktiviti pembungkusan dan pengedaran stoking yang diimport dari China terutama kepada kedai serbaneka KK Super Mart.
Tindakan itu menyebabkan pelbagai pihak bangkit dan menuntut pengurusan kilang serta kedai serbaneka itu memohon maaf.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah pada Selasa berkata, terdapat tiga cawangan kedai serbaneka tersebut yang menjual stoking kontroversi itu, masing-masing di Selangor iaitu dua di Bandar Sunway dan satu lagi di Sunway Mentari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram