[VIDEO] Nampak terhuyung-hayang sebelum jatuh motor, 'Kak Limah' maut kena serangan jantung di Kluang


  • Tular
  • Rabu, 20 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan mayat mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Kluang, Johor pada Rabu.

SEORANG wanita warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai selepas terkena serangan jantung di Taman Delima 2, Kluang, Johor pada Rabu.

Menerusi video dimuat naik di Facebook KHI, kelihatan orang ramai mengerumuni mayat mangsa yang dikenali sebagai 'Kak Limah' dalam kalangan penduduk setempat di lokasi kejadian.

"Salam takziah Kak Limah," tulis kapsyen Facebook tersebut.

BACA LAGI: Tak jadi ulat buku semata-mata, 4 langkah KPM diharap bantu murid kuasai 3M — PIBGN

BACA LAGI: Baru terima bekalan elektrik, ibu bapa kecewa sekolah tak ubah seperti reban ayam di Jempol

Mangsa dikatakan menunggang motosikal dalam keadaan bahaya sebelum secara tiba-tiba terjatuh dan meninggal dunia.

"Salam takziah, selalu selisih kalau pergi kerja, takut tengok nenek bawak huyung-hayang, belakang ada box besar, syurga tempat nenek pergi dalam bulan Ramadan," kata Nrl Sabrina.

Berdasarkan informasi awal dikongsikan orang awam, punca kematian disebabkan serangan jantung secara mengejut selepas jatuh daripada motosikal.

"Dia jatuh sendiri, serangan jantung, meninggal. Pukul 8 pagi lebih masih ada nyawa, call ambulans tak sampai-sampai, sehingga orangnya dah meninggal, 10.40 pagi mayat masih ada," komen Bunga Mawar.

Namun, identiti dan punca sebenar kejadian masih belum dipastikan lagi.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram