NASIB 291 pekerja syarikat pengangkutan Yinson Transport (M) Sdn. Bhd, akhirnya terbela selepas Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor mengarahkan pihak majikan membayar caruman skim keselamatan sosial, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) lebih sembilan tahun sejak Januari 2011 hingga Julai 2018.
PERKESO memaklumkan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah bagi enam pertuduhan ke atas majikan kerana gagal membayar caruman berjumlah RM705,150.10 kepada 291 pemandu lori terbabit beserta denda sebanyak RM23,000 oleh Mahkamah Majistret.
BACA LAGI: Ramai akui ketagih manis, Kempen Tolak Gula PERKESO 'jentik' hati golongan muda
PERKESO menggesa para majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan pekerja. — Gambar hiasan
BACA LAGI: 'Lebih sihat dengan PERKESO!', Kempen Tolak Gula tingkat kesedaran ramai tentang CKD
Majikan turut diarahkan untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan caruman secara enam kali ansuran bermula Mei 2024.
"Berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), majikan bertanggungjawab bagi memastikan semua pekerja mencarum skim keselamatan sosial bawah Akta 4.
"Ia supaya pekerja mendapat perlindungan keselamatan sosial terutamanya pekerjaan dalam sektor pengangkutan seperti pemandu lori yang sentiasa terdedah dengan bahaya semasa menjalankan pekerjaan mereka.
"Sekiranya majikan gagal membayar caruman, mereka boleh disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 6(1) dan 8 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969), dan Peraturan 32 Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971 serta boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 94(a) Akta yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, PERKESO turut menggesa semua majikan segera mendaftar dan membuat caruman ke atas pekerja mereka.
Kegagalan berbuat demikian dikatakan boleh disabitkan di mahkamah serta majikan boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua duanya sekali dibawah Seksyen 94 AKSP 1969. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram