[VIDEO] Tulisan 'rumah tanpa jendela' pada beg seakan-akan hint, rider p-hailing maut rempuh belakang lori di MEX


  • Tular
  • Selasa, 19 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan pekerja p-hailing yang menunggang motosikal merempuh belakang lori di Lebuhraya MEX pada Selasa.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) pada Selasa.

Menerusi video papan pemuka (dashcam) dikongsikan di media sosial, mangsa dikatakan berkemungkinan keletihan ketika dalam perjalanan.

Dalam video itu, kelihatan mangsa seakan-akan tidak menyedari keberadaan lori terbabit di hadapan sebelum merempuhnya.

BACA LAGI: Selesaikan masalah rakyat lebih efektif, 3 isu KPKT perlu beri fokus pada 2024

BACA LAGI: 'Kes B40 jadi T20,' jiran dapat surat amaran isu pasang pintu di koridor pangsapuri Puchong

photo_6325603193777667719_y

Tulisan pada beg mangsa yang menyentuh hati ramai. — Facebook

Akibat pelanggaran itu, mangsa dilihat terjatuh ke tepi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lebih menyayat hati apabila terdapat tulisan 'rumah tanpa jendela' pada beg mangsa yang juga merupakan pekerja p-hailing.

"Sesiapa ada mengenali mangsa, mohon memberi tahu keluarganya rider telah meninggal di tempat kejadian. Tulisan di beg sungguh menyayat hati.

"Salam takziah buat keluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-Fatihah," tulis pengguna Facebook Rakyat Marhaen.

Namun, setakat ini identiti mangsa dan punca sebenar kejadian masih belum dipastikan lagi.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram