[VIDEO] Satu keluarga panik, terlupa anak 4 tahun tertidur hampir 15 minit dalam kereta


  • Tular
  • Ahad, 17 Mac 2024

Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan 'tertinggal' selepas tertidur di dalam kereta pada Jumaat.

PASANGAN suami isteri berdepan detik cemas apabila menyedari seorang anak perempuan mereka berusia empat tahun 'tertinggal' di dalam kereta pada Jumaat.

Insiden mencemaskan yang berlaku di sebuah taman perumahan dekat Selangor kira-kira pukul 2 petang itu hanya disedari mereka selang 15 minit kemudian.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kanak-kanak tersebut tertidur ketika mengikut ibunya menghantar anak-anak yang lain ke sekolah sesi petang.

Kejadian berkenaan juga dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) rumah mereka sebelum dikongsikan di aplikasi TikTok @farishal83 pada Sabtu.

Berdasarkan klip berdurasi 49 saat tersebut, bapa kepada kanak-kanak itu diikuti ahli keluarga lain bergegas lari menuju ke sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV untuk mendapatkannya.

"Sejarah hidup tak pernah lupa, tapi kali ini jadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta belah belakang.

"Tak ingat nak keluarkan, 15 minit juga, semuanya selamat," katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan.

BACA LAGI: Salah ikut kawan pergi kelas KAFA, murid SK Briekfields 2 ditemukan selamat lepas hilang 5 jam

BACA LAGI: [VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah

Bapa kanak-kanak itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berkongsi kisah yang berlaku selepas kejadian tersebut.

"Cerita lepas kejadian, papa pergi periksa kereta dan cuba duduk di dalam. Suhu semalam (Jumaat) 42 darjah (Celsius) lepas solat Jumaat.

"Kesimpulannya, walaupun kereta dah berkunci, lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual.

"Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan pendingin hawa 15 hingga 20 minit lepas," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram