PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada orang ramai agar tidak memperbesarkan isu pengiktirafan bak kut teh dan pembukaan kantin sekolah ketika Ramadan.
Malah, Anwar meminta untuk lebih membincangkan lebih banyak isu yang lebih sihat selain menggunakan peluang dan ruang sudah tersedia.
BACA LAGI: Kantin sekolah tetap beroperasi sepanjang Ramadan untuk murid bukan Muslim
Anwar tidak mahu lagi isu tersebut diperbesarkan. — The Star
Beliau dilaporkan berkata, kedua-dua isu terlihat seolah-olah terlalu penting untuk dibincangkan selain masalah pelaburan yang lebih besar.
"Saya bincang masalah pelaburan (di luar negara), tapi balik Malaysia (isu) Bak Kut Teh, isu buka kantin sekolah bulan Ramadan.
"Itu hangat diperkatakan seolah-olah itu isu hidup mati maruah kita, saudara tahu inilah keadaan dia," katanya.
Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan bahawa pengiktirafan tersebut sebagai makanan warisan negara tiada kaitan dengan isu bangsa atau agama.
BACA LAGI: 'Sayang akan tunggu', isteri mangsa bot karam di Kapit luah sedih suami belum dijumpai
Isu pembukaan kantin sekolah untuk golongan bukan Muslim juga menjadi perhatian ramai. — Gambar hiasan/The Star
Katanya, ia dilakukan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Ia bagaimanapun menjadi isu besar sekali gus menerima pelbagai kritikan daripada masyarakat tempatan.
Isu pembukaan kantin sekolah ketika Ramadan juga tidak terlepas daripada menjadi buah mulut orang ramai kerana dikatakan seperti tidak menghormati umat Muslim yang berpuasa.
Namun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegakkan, tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada pelajar bukan beragama Islam untuk makan di tempat bersesuaian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram