MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri memberi penilaian mengejutkan apabila menyatakan bahawa kerajaan Madani gagal menyelesaikan sebahagian besar masalah rakyat.
Bekas pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menjelaskan, ia dapat dilihat dan dibuktikan dengan keluhan masyarakat terhadap pelbagai isu yang dihadapi pada masa sekarang.
Samsuri berkata demikian ketika menjawab soalan daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) dalam siaran podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan di YouTube pada Rabu.
BACA LAGI: 'Daripada Samsuri, lebih baik BN yang wakili Kemaman'
BACA LAGI : Antara status anak emas Hadi Awang dan kejayaan Dr Sam di Terengganu
Menerusi temu bual tersebut, Samsuri diminta untuk memberi markah penilaian kepada kerajaan kini yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, beliau turut menyifatkan pimpinan Anwar terlihat jelas gagal jika markah diberikan daripada segi penilaian objektif dan subjektif.
"Pada saya failed (gagal), sama ada subjektif atau objektif, gagal.
"Ini bersandarkan kepada keluhan rakyat yang kita pergi ke pasar, di jalanan dan mereka mengeluh tentang masalah mereka," katanya.
Katanya, keluhan yang sering diterimanya daripada masyarakat dianggap sebagai testimoni sebenar dan bukti kepada jawapan yang diberikan.
"Pada saya itu adalah real testimoni, orang hidup yang melihat masalah mereka tidak selesai," jelasnya.
Justeru, Samsuri berkata, kerajaan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi menanggani krisis yang berlaku terutamanya melibatkan rakyat Malaysia.
Katanya lagi, kerajaan juga berkemungkinan tidak dapat menyelesaikan kesemuanya sekali gus, namun mereka dicadangkan supaya mencari solusi dengan kerjasama beberapa pihak lain.
"Krisis dalam negara kita banyak dan kalau kerajaan tak dapat nak selesaikan semua, sudah tiba masanya kita berfikir ke arah along non-partisan line.
"Ia bermaksud, kita semua duduk bersama, pakar-pakar semua berbincang dan cuba cari solusi kepada masalah," sarannya.
Sementara itu, jawapan dan cadangan Samsuri itu juga diterima baik rata-rata warganet kerana menganggap bahawa beliau seorang yang matang dalam mengulas isu-isu semasa.
"Betul apa dia cakap, itu hanya pandangan dia saja, kenapa gagal tiba-tiba panas punggung," komen @Yusranothman.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan Samsuri dengan menyifatkan ia sebagai 'berat sebelah' dan berpihak kepada barisan pembangkang sahaja.
"Sokong atau tidak tu betul, tapi yang sibuk nak jatuhkan kerajaan sedia ada kenapa? Sebab kemungkinan diskriminasi, sampai sekarang masih lagi sibuk dengan plan nak jatuhkan kerajaan kenapa?," respons @norisma36512180. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram