AGC belum putuskan permintaan Najib gugurkan pertuduhan kes SRC RM27 juta


Najib terlibat dalam tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta. — The Star

JABATAN Peguam Negara (AGC) mengumumkan masih belum memutuskan permintaan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.

Ketika sesi perbicaraan pada Selasa, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy bahawa keputusan masih belum ditentukan.

BACA LAGI : Pembebasan Najib tak beri sebarang nilai tambah kepada rakyat — Anwar

Shafee Abdullah, (C), chief lawyer of Malaysia's former prime minister Najib Razak arrives in court in Kuala Lumpur on September 20, 2018. - Malaysia's ex-leader Najib Razak arrived in court on September 20 to face a barrage of charges relating to $681 million of state funds that allegedly ended up in his personal bank account. (Photo by MOHD RASFAN / AFP)

Shafee Abdullah memohon budi bicara kepada hakim Mahkamah Tinggi berhubung kes Najib. — The Star

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon hakim Mahkamah Tinggi menggunakan budi bicara dengan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib daripada tiga pertuduhan itu.

"Kami meminta mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk memberikan DNAA, kemudian pihak pendakwaan boleh mendakwa semula (jika mereka mahu)," katanya, memetik laporan media.

Mohd Ashrof dilaporkan berkata, seramai 20 hingga 25 saksi pendakwaan dijangka dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu dan pihaknya sedang menyiapkan pernyataan saksi sebelum menyerahkannya kepada pihak pembelaan.

Bagaimanapun, hakim hanya membenarkan dua bulan untuk pihak pendakwaan menyediakan keterangan saksi.

“Dokumen itu mesti diserahkan sebelum 20 Mei. Pengurusan kes seterusnya pada 27 Mei,” kata hakim yang sebelum ini menetapkan 17, 18, 19, 23 dan 24 September untuk perbicaraan.

BACA LAGI : Andai benar dapat pengampunan, 5 perkara yang boleh dilakukan Najib Razak

Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang RM27 juta. — The Star

Semasa prosiding pada Januari lalu, Hakim Muniandy memerintahkan bahawa kes tersebut mesti diteruskan dengan perbicaraan kerana tertuduh didakwa pada 2019 dan jika pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan kes mereka pada 17 September, pihak pembelaan bebas untuk memfailkan untuk DNAA atau dibebaskan sepenuhnya.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Bekas Perdana Menteri itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Susulan itu, Najib memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022, dan pada 29 Januari, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM210 juta.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram