PKNS nafi bakal roboh Kompleks PKNS Shah Alam, buat repot polis walaupun peniaga tidak terjejas


  • Massa
  • Isnin, 18 Mac 2024

Peringkat awal projek pembangunan semula di kawasan itu sama sekali tidak membabitkan bangunan Kompleks PKNS. — Selangor.travel

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menegaskan pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk merobohkan Kompleks PKNS Shah Alam.

Ia selepas tular di sosial media mendakwa pusat perdagangan berusia lebih empat dekad itu bakal dirobohkan bagi memberi laluan untuk satu projek pembangunan semula di kawasan tersebut.

"PKNS ingin menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan Kompleks PKNS ini.

“Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu, adalah salah satu mercu tanda di Shah Alam dan memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan perniagaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar," menurut kenyataan itu.

Katanya, laporan polis akan dibuat berhubung dakwaan tersebut sementara laporan juga akan dilakukan dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) ekoran penyebaran berita tidak benar itu.

BACA LAGI: Peniaga asal Kompleks PKNS perlu diberi keutamaan kekal imej ikonik Shah Alam — Azli Yusof

2596764

Projek pembangunan milik PKNS di pusat bandar Shah Alam itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan tak hirau 'nasib Melayu', ini penjelasan MBAS kes peniaga berkelahi dengan anggota di Dataran Alor Setar

Dalam pada itu, PKNS menjelaskan perancangan projek di dalam kawasan pembangunan milik PKNS di pusat bandar Shah Alam terbabit merupakan sebahagian usaha peremajaan bandar di Shah Alam yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.

“Projek menelan belanja kira-kira RM2 bilion itu akan membabitkan beberapa plot kawasan di pusat bandar Seksyen 14 termasuk SACC Mall dan Pusat Konvensyen SACC di mana dari peringkat awal projek ia sama sekali tidak membabitkan bangunan Kompleks PKNS.

“Sebaliknya, kawasan ini akan dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa serta memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengunjung dan komuniti setempat,” katanya.

Menurutnya, projek peremajaan itu juga seiring usaha PKNS dalam membantu menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya sifar karbon.

Ia termasuk dengan menaik taraf bangunan terlibat dengan menggunakan sistem ‘centralised chill water’ selain sistem tenaga hijau.

“Ia juga sebagai memenuhi komitmen PKNS dalam menyumbang kepada pembangunan bandar yang mampan serta peningkatan taraf sosioekonomi negeri Selangor secara keseluruhan.

“Sepanjang proses menaik taraf ini, operasi perniagaan di Kompleks PKNS akan berlangsung seperti biasa dan pengunjung akan bebas membeli barang keperluan mereka,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram