Suria FM, FAMA 'payung' makan 100 pendengar


  • Hiburan
  • Isnin, 26 Feb 2024

Acara 'Suria Belanja Makan’ yang diadakan di Pekarangan FAMA Point, Bandar Baru Selayang, Selangor pada 23 Februari lalu mendapat kerjasama daripada FAMA.

ACARA 'Suria Belanja Makan’ yang diadakan di Pekarangan FAMA Point, Bandar Baru Selayang, Selangor pada 23 Februari lalu bersempena Jualan Agro Madani, Selangor Day mendapat sambutan cukup meriah daripada orang ramai.

Bermula seawal pukul 7.30 pagi, majlis yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu menampilkan barisan penyampai Suria terdiri daripada Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Rara, Chiwan, dan DJ Lin.

Acara tersebut turut diserikan antara lain persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid terkenal Hijjaz dan pertunjukan tarian tradisional.

Selain itu, sesi soal jawab mudah bersama Suria Wheels yang menampilkan barisan penyampai juga memberi peluang kepada peminat bagi membawa pulang barangan eksklusif Suria seperti baju Suria, lanyard, beg ‘tote’, dan beberapa set kombo Agro Madani secara percuma.

BACA LAGI: [VIDEO] Jemaah mengeluh khutbah di Selangor kerap berulang, khatib di Kedah dan Kelantan lebih menusuk kalbu

2551464

Suria FM menganjurkan kempen Suria Kongsi Rezeki dengan menawarkan wang tunai sebanyak RM 36,000 untuk dimenangi.

BACA LAGI: Pakai jersi MU, ‘ubi muda’ Selangor dikecam tak hormat kelab sendiri

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid melahirkan ribuan penghargaan terhadap FAMA selaku penaja lokasi atas kerjasamanya menjayakan acara tersebut.

“Suria FM kini kembali turun padang temui para peminat dengan belanja makan seramai 100 orang pendengar terawal di Jualan Agro Madani, Selangor Day bertempat di Ibu Pejabat, FAMA pada Jumaat lalu.

"Syukur segalanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat bagi program kali ini dan semoga kerjasama baik Suria dan FAMA seperti ini dapat diteruskan di masa mendatang,” ujarnya.

Pada masa sama, Suria turut berkongsi berita baik buat semua pendengar setianya menerusi kempen Suria Kongsi Rezeki yang akan berlangsung sehingga 29 Mac depan.

Kempen tersebut yang bermula pada 19 Februari lalu itu memberi peluang kepada orang ramai bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM36,000.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram