[VIDEO] Bukan di India tapi Hong Kong, lelaki ganggu, himpit influencer wanita di tangga stesen MTR kena jel 3 bulan


  • Benua
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Seorang pempengaruh wanita berasal dari Korea Selatan berdepan gangguan seksual semasa melawat Hong Kong pada September tahun lalu.

UMUM mengetahui, wanita sering menjadi mangsa utama dalam kes gangguan seksual.

Golongan tersebut sering dijadikan sasaran oleh individu lain kerana dianggap lemah dan mudah diambil kesempatan.

Sama seperti yang berlaku ke atas seorang pempengaruh wanita berasal dari Korea Selatan yang dikenali sebagai May.

Pengalaman manis melancong ke Hong Kong bertukar tragis apabila pengembara solo itu berdepan gangguan seksual semasa melalui jalan di stesen kereta api bawah tanah negara tersebut.

ae1d7f382f89fc200f9fc7932ca29bd8

May (kiri) mendakwa Amit pura-pura bertanya sesuatu sebelum bertindak mengekori dan melakukan gangguan seksual ke atas dirinya.

Kejadian itu berlaku pada 11 September 2023, namun ditularkan semula di media sosial pada Sabtu dengan dakwaan kononnya terjadi di India sedangkan insiden sebenar di Hong Kong.

Menurut laporan media antarabangsa, May yang juga seorang Twitch streamer dalam perjalanan pulang ke kediamannya membuat siaran langsung di media sosialnya bagi berkongsikan suasana di negara tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah

BACA LAGI: [VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah

Pempengaruh dengan lebih 39,000 pengikut di laman YouTube itu kemudian didatangi seorang lelaki dipercayai migran berasal dari India yang bertanyakan jalan sebelum May memutuskan untuk membantunya.

Namun ketika kedua-duanya berjalan meninggalkan stesen itu, lelaki tersebut secara tiba-tiba meletakkan lengan di bahu May sebelum cuba meraba payu daranya.

Mangsa yang berada dalam ketakutan menjerit meminta tolong dan bergelut untuk melepaskan dirinya daripada pelukan lelaki miang itu.

Dia bernasib baik kerana dibantu seorang lelaki yang juga berada di kawasan sekitar, sementara suspek bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

a0bc3f54-66e8-46e8-ada1-91af1852d7a1_8d1d37de

Amit, yang dituduh mencabul seorang pelancong Korea di dalam stesen MTR, meninggalkan Mahkamah Majistret Hong Kong pada November 2023.

MTR Corporation memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang aduan mengenai kejadian tersebut.

Pihaknya bagaimanapun telah melihat rakaman berkenaan dan membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Pasukan Jenayah Daerah Polis Daerah Tengah berkata, setelah menjalankan siasatan, suspek dikenali sebagai Amit ditahan tiga hari selepas laporan dibuat, namun dibebaskan dengan jaminan dengan syarat dia tidak kembali ke lokasi kejadian selain tidak boleh meninggalkan bandar.

Pada 9 November 2023, Amit yang berusia 46 tahun menerima hukuman penjara selama tiga bulan selepas mengaku bersalah membuat gangguan seksual ke atas wanita tersebut.

Peguam bela Amit, Joe Chan Wai-yin berkata, anak guamnya mempunyai tabiat minum kerana kemurungan selepas berpisah dengan keluarganya di India, lapor South China Morning Post.

"Perpisahan dengan keluarga menyebabkan dia mengalami kekecewaan dan hilang kawalan diri," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram