[VIDEO] Remaja kena tarik masuk but kereta, dipukul dengan cota di Pasir Gudang


  • 112
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Mangsa mengalami kecederaan lebam di pipi kanan, leher, bahu serta belakang dan pendarahan di telinga kiri. — Facebook/ Yeen Yazid

POLIS menjalankan siasatan berhubung insiden penculikan melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di kawasan taman perumahan Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal polis mendapati, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa dibawa ke sebuah rumah lain di kawasan berhampiran.

"Mangsa dipukul dengan kayu cota dan beberapa objek lain sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan lebam di pipi kanan, leher, bahu serta belakang dan pendarahan di telinga kiri.

"Seramai tiga lelaki warga tempatan berumur 15 hingga 37 tahun ditahan di lokasi berasingan di kawasan Pasir Gudang bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah

BACA LAGI: Salah ikut kawan pergi kelas KAFA, murid SK Briekfields 2 ditemukan selamat lepas hilang 5 jam

Sementara itu, Mohd Sohaimi turut memaklumkan, salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai 26 rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah dan dadah.

Ujarnya, hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian. Usaha mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

2577955

Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai membawa remaja lelaki dalam sebuah kereta di Taman Kota Masai, Johor Bahru pada Jumaat.

"Polis menasihatkan pengguna media sosial agar cakna dan prihatin terhadap sensitiviti kes serta berhenti menyebarkan video mengenai insiden kejadian," jelasnya.

Difahamkan insiden tersebut dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook dengan nama Yeen Yazid pada Sabtu.

Berdasarkan rakaman tular itu, mangsa dipukul dengan objek dipercayai topi keledar dan ditarik masuk ke dalam but kereta jenis Satria warna kelabu sebelum dibawa pergi dari lokasi kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram