Ibu kandung hantar gambar anak kepada suami lepas kelar bayi sendiri di Pasir Gudang


  • 112
  • Ahad, 17 Mac 2024

Kumar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian di sebuah perumahan dekat Pasir Gudang, Johor itu sekitar pukul 1.30 tengah hari. — Facebook

TIDAK cukup dengan mengelar leher bayi lelakinya sehingga mati, seorang wanita kemudiannya tergamak untuk menghantar gambar mangsa dalam keadaan berlumuran darah kepada suami melalui kiriman WhatsApp pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian di sebuah perumahan dekat Pasir Gudang, Johor itu sekitar pukul 1.30 tengah hari.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang bayi berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibu kandungnya.

BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026

Susulan daripada itu, Kumar berkata, suspek yang merupakan warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

"Permohonan reman dilakukan terhadap suspek, hari ini (Ahad)," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Ibu bapa terasa kenaikan belanja persediaan sekolah

Kumar berkata, motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor untuk bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bayi, kelar, ibu, suami, Whatsapp, Pasir Gudang, Johor, M Kumar