[VIDEO] 'Kes Bella sama dengan adik Nur Anisah', kisah tragis buat ramai beringat pilih kawan


  • Massa
  • Rabu, 24 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan Anisah yang menjadi mangsa pembunuhan kejam seperti Bella.

WANITA dilahirkan untuk disayangi bukannya disakiti. Namun, sejak kebelakangan ini, acap kali kita mendengar wanita sering menjadi keganasan lelaki sehingga ada yang meragut nyawa.

Sama seperti kisah pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita bernama Mira Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella yang menggemparkan seluruh negara.

Berdasarkan kronologi kes berkenaan, Bella dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat, Johor bersama teman lelakinya pada 14 Disember 2023.

BACA LAGI: ‘Teman lelaki durjana’, bekas posmen angguk faham ketika didakwa bunuh Bella

msg1050426791-23732

Kes pembunuhan Bella yang mengejutkan ramai.

BACA LAGI: Lelaki kelar perut, bakar teman wanita 2 kali di Sabak Bernam untuk hapus bukti hamil luar nikah

Kehilangan Bella kemudiannya dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 16 Disember tahun sama sebelum polis menemukan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah pada 19 Januari lalu.

Pada Selasa, polis mengesahkan keputusan dioksiribonukleik (DNA) daripada rangka tersebut adalah milik Bella.

Susulan itu, polis turut mengesahkan bahawa pembunuhan dilakukan oleh teman lelaki mangsa bermotifkan cemburu.

Namun, apa yang terjadi pada Bella bukanlah kali pertama dan tragedi tersebut sememangnya pernah mengejutkan rakyat Malaysia dengan kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita yang bernama Nur Anisah.

Kisah Nur Anisah Abdul Wahab juga lebih kurang sama apabila mangsa dipukul sehingga maut oleh teman lelakinya sebelum perutnya ditoreh dan mayatnya dibakar di kebun kelapa sawit di Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor pada 22 Mei 2023.

Tragedi memilukan itu sekali gus membuka mata masyarakat dan memberi kesedaran tentang kepentingan memilih teman mahupun kekasih.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok @arunarajdevarajoo baru-baru ini, kedua-dua kes itu dikatakan perlu diberikan keadilan sebaiknya.

Bukan itu sahaja, pemilik akaun tersebut juga berkongsi luahannya serta mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Kepada anda di luar sana, jangan tersalah pilih pasangan atau kawan," tulisnya.

Sementara itu, warganet lain dilihat bersedih dengan apa yang berlaku kepada kedua-dua mangsa.

"Betul, kes Bella macam kes adik Anisah," komen @putrinelofawati.

'Hampir sama dengan adik Anisah, tapi lagi kesian dekat anak arwah Bella, tiada kasih sayang dari ibunya," tulis @mardk30. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram