[VIDEO] 'Tugas perlu selesai', Israel berkeras mahu gempur Rafah, tolak usaha damai Hamas


  • Benua
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lalu.

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu nekad untuk meneruskan serangan ke atas bandar Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut laporan media antarabangsa, semakin banyak pihak menyuarakan bantahan terhadap keputusan Israel memasuki Rafah, antara lokasi terakhir yang selamat dengan 1.5 juta penduduk kini berlindung di kawasan tersebut.

BACA LAGI: Salah ikut kawan pergi kelas KAFA, murid SK Briekfields 2 ditemukan selamat lepas hilang 5 jam

BACA LAGI: [VIDEO] Otak bersepai dalam helmet, pembonceng maut bertembung lori di Gelang Patah

“Kami akan menyelesaikan operasi di Rafah sambil memastikan populasi orang awam selamat daripada sebarang serangan,” ucapnya menerusi satu video ketika persidangan organisasi Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) pro-Israel di Washington, D.C.

Kenyataan Netanyahu dibuat susulan tindakan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menggesa Israel agar tidak melancarkan operasi darat ke atas Rafah seperti yang dirancang.

Benjamin Netanyahu

“EU menggesa kerajaan Israel untuk membatalkan serangan darat di Rafah.

"Lebih sejuta rakyat Palestin kini sedang mencari tempat berlindung daripada pertempuran dan akses yang lebih dekat dengan bantuan kemanusiaan,” jelasnya.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram