JIKA di Malaysia terkenal dengan sistem ajaran sesat 'Ayah Pin', jangan terkejut kerana ia juga berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
Di AS terkenal dengan ajaran sesat Kultus Pintu Syurga atau dipanggil Heaven's Gate Cult yang diasaskan oleh Marshall Applewhite dan Bonnie Nettles pada 1974.
Kumpulan ajaran itu dikatakan mengamalkan kepercayaan bahawa akan ada kapal angkasa yang akan membawa mereka ke alam abadi.
BACA LAGI: Lepas lama menghilang, Ayah Pin didakwa muncul semula makan di restoran dekat Tumpat 18 tahun lalu
In this Disturbing interview, a Heaven’s Gate Cult member talks about how his castration freed him and compares it to his planned suicide. 39 members of the cult went on to kill themselves believing they would transcend to the next level of human evolution. pic.twitter.com/FM8fuRhbrj
— Morbid Knowledge (@Morbidful) February 8, 2024
BACA LAGI: Selain Millah Abraham, 4 ajaran sesat pernah wujud di negara ini
Namun, kematian Nettles pada 1985 akibat penyakit kanser dikatakan telah mengubah konsep kepercayaan Heaven's Gate.
Perubahan yang dilakukan oleh AppleWhite itu adalah termasuk meyakinkan para pengikutnya bahawa meninggalkan tubuh fizikal dapat membawa mereka ke alam yang lebih baik.
Berlanjutan dengan permulaan konsep baharu itu, bermulalah tragedi hitam yang sekali gus mengukir sejarah AS apabila seramai 39 ahli Heaven's Gate dilaporkan maut ketika melakukan ritual di sebuah rumah di San Diego pada 26 Mac 1997.
Ketika kejadian, polis menemukan kesemua mayat dengan lengkap berpakaian sut trek hitam, kasut dan diselubungi kain ungu.
Namun, pada 2023, salah seorang penganut ajaran tersebut yang mahu dikenali sebagai Trsody membuat pendedahan tentang tujuannya menyertai Heaven's Gate dalam satu temu bual.
Dia dilaporkan berkata, pengalaman menjalani proses pengebirian kimia atau neutering adalah ritual yang memberi kebebasan terhadap dirinya.
Proses itu juga dikatakan sama dengan apa yang berlaku kepada 39 mayat sebelum ini iaitu meracuni diri dengan menggunakan arak dan bahan kimia.
Trsody juga berkata, ritual membunuh diri itu dianggap sebagai tidak kurang sama seperti operasi klinikal yang dikatakan pernah dipelajarinya.
"Setelah melihat manfaat ritual itu, saya sedar tentang kebolehan untuk mendekatkan diri dengan ketua kultus (Heaven's Gate)," katanya.
Sementara itu, ajaran sesat Heaven's Gate dilaporkan masih wujud di AS tetapi tidak didedahkan jumlah sebenar penganutnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram