Lepas lama menghilang, Ayah Pin didakwa muncul semula makan di restoran dekat Tumpat 18 tahun lalu


  • Massa
  • Rabu, 20 Sep 2023

Kelibat Ayah Pin dilaporkan pernah beberapa kali muncul di sekitar Kelantan dan Terengganu selepas dia menghilangkan diri sejak 18 Julai 2005.

AKHBAR The Star pada 20 September 2005 melaporkan mengenai kemunculan semula pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin yang sebelum ini menghilangkan diri daripada pihak berkuasa.

Ia selepas Harian Metro menerusi laporannya mendedahkan dua keping gambar diambil seorang pelanggan di sebuah restoran dekat Kelantan yang dipercayai memaparkan kehadiran ketua ajaran sesat yang dikenali sebagai 'Kerajaan Langit' itu.

Pelanggan terbabit memberitahu akhbar tabloid berkenaan bahawa dia mengambil gambar Ayah Pin itu dengan kamera telefon bimbitnya di restoran di Wakaf Baru, dekat Tumpat, pada pukul 3.30 petang Ahad.

Katanya, Ayah Pin atau sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, juga tidak menyedari fotonya sedang dirakam.

WhatsApp Image 2023-09-20 at 12.51.08 PM

Ayah Pin (tengah) merupakan ketua ajaran sesat 'Kerajaan Langit'.

Tambahnya, di restoran tersebut, Ayah Pin turut dilihat diberikan layanan penuh hormat oleh dua lelaki yang dipercayai merupakan pengiring kepada ketua ajaran sesat terbabit.

“Saya yakin lelaki itu adalah Ayah Pin kerana dia memenuhi ciri-ciri ketua ajaran sesat yang pernah saya lihat dalam VCD 'Kerajaan Langit',” kata pelanggan itu sambil menambah, ketiga-tiga mereka kemudiannya meninggalkan restoran itu dengan menaiki kereta menuju ke Tumpat, Kelantan.

Polis dan Jabatan Hal Ehwal Islam Terengganu sebelum itu dilaporkan sedang memburu Ayah Pin selepas dia menghilangkan diri sejak 18 Julai 2005, selepas terdapat sekumpulan kumpulan perusuh menyerang perkampungannya.

Sumber memberitahu akhbar terbabit bahawa susulan daripada insiden itu, Ayah Pin dilihat masuk ke Penglakan Kubor, Kelantan, dari Takbai di selatan Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram