'Dia mahu buat kejutan anniversary', ibu rayu bantuan orang ramai cari anak hilang sejak 12 Mac lalu


  • Massa
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang berusia 12 tahun hilang sejak Selasa lepas.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menurut ibu mangsa, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, sebelum hilang anak perempuannnya, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar tidak hadir ke sekolah pada hari kejadian kerana mahu membuat kejutan buat dirinya.

"Pagi itu dia tak pergi ke sekolah sebab nak beli hadiah untuk anniversary saya pada 8 Mac lalu. Tak sempat cakap dengan dia lagi mengenai itu, kiranya macam nak buat kejutan untuk saya," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: '10 tahun kawan pun kena ada boundaries', Eyra Hazali anggap tindakan Ruhainies bawa Aliff masuk kondo tak berasas

Untuk rekod, Dhia dilaporkan hilang semasa ibunya keluar membeli barangan untuk membuat juadah berbuka puasa pada 12 Mac lalu.

Menurut Syarifah, satu laporan polis telah dibuat di Balai Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada Khamis.

"Saya memohon bantuan daripada semua untuk bersama-sama mendoakan dan membantu menyebarkan hebahan ini kepada semua komuniti.

"Sekiranya menemui atau terlihat Dhia di mana-mana, mohon hubungi saya di talian 012-6411600," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram