'Penat tuntut ilmu takkan rugi', ramai kecewa sikap ibu bapa hina pendidikan KAFA


  • Massa
  • Jumaat, 15 Mac 2024

Segelintir individu berasa pengajian KAFA tidak perlu dibuat semasa buat Ramadan kerana bimbang anak mereka akan kepenatan.

TIDAK dinafikan, pengajian Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak sejak kecil lagi.

Dengan adanya pembelajaran KAFA, ilmu berkait pembelajaran fardu ain dan al-Quran dapat diketahui dengan sempurna bagi mendapatkan ibadah yang terima di sisi ALLAH.

Namun, ada juga segelintir individu memandang remeh soal pendidikan KAFA sehingga mengeluarkan kata-kata yang menghina pengajian KAFA.

Buktinya, baru-baru ini tular perbualan di antara dua pihak yang berasa pendidikan KAFA tiada keperluan untuk dibuat semasa bulan Ramadan bagi mengelak anak-anak mereka berasa penat.

"Sepatutnya tak payah lah KAFA lagi bulan puasa ini. Kesian anak-anak seharian kat sekolah lagi.

"Anak yang Darjah Satu kalau boleh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dulu sebulan Ramadan ini," tulisnya.

Malah, perbualan itu dilihat berlebihan sehingga mengucapkan kata-kata berbentuk negatif kepada guru-guru KAFA.

"Mungkin sebab cikgu KAFA nak cari duit untuk raya ini. Sebab dekat KAFA mereka tiada gaji mungkinlah kot, saya pun anak darjah satu kesian dekat sekolah lama-lama tapi dia (guru) pula suka. Kitalah letih pergi mari sana sini hantar makanan," tulisnya.

Perbualan itu mendapat kecaman daripada netizen apabila pendidikan agama dilihat sama sekali tidak dititikberatkan.

BACA LAGI: '10 tahun kawan pun kena ada boundaries', Eyra Hazali anggap tindakan Ruhainies bawa Aliff masuk kondo tak berasas

BACA LAGI: 'Dia mahu buat kejutan anniversary', ibu rayu bantuan orang ramai cari anak hilang sejak 12 Mac lalu

Antaranya, seorang pengguna di Facebook dengan nama Rina Nordin tidak bersetuju apabila pendidikan KAFA dipandang enteng.

"Kesian ibu ayah yang hilang kesedaran betapa pentingnya ilmu ukhrawi di zaman yang mencabar ini. Semoga urusan kita didunia dan akhirat kelak dipermudahkan. Aminn," tulisnya.

Malah, seorang pengguna dengan nama Husna Roslan menganggap kepenatan menimba ilmu bukanlah sesuatu hal yang sia-sia.

"Penat untuk menuntut ilmu takkan rugi, jadi tak perlu nak berkira untuk belajar agama," tulisnya.

Selain itu, terdapat juga seorang pengguna dengan nama Hasya Inaara menegaskan bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib untuk berpuasa tetapi ilmu agama itu sememangnya sangat penting diterapkan dalam hidup.

"Kesiannya mak ayah ini. Anak itu tidak wajib puasa pun tapi paksa-paksa pulak sampai penat. Sedangkan belajar tuntut ilmu itu wajib," tulisnya.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna dengan nama Lina Lin memberi saranan agar ibu bapa yang tidak mempedulikan soal pengajian KAFA mengeluarkan surat cuti sebulan buat anak mereka.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat bagi mengelak anak orang lain pula yang tidak dapat menerima pembelajaran agama secukupnya.

"Cikgu KAFA nak turun ilmu dunia akhirat untuk anak-anak kita. Kalau rasa terbebankan. Buat surat minta cuti sebulan untuk anak kita saja, anak yang lain yang ibu bapa nak cari pahala teruskan perjalanan. Macam ini pun nak buat pening. Fitnah pulak. Benda mudah saja, kerja tetap kerja sebab cikgu pun nak makan, fikir-fikirkanlah," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram