[VIDEO] Peniaga bazar Ramadan melecur terkena minyak panas, kereta tergelongsor langgar gerai di Kuala Klawang


  • 112
  • Khamis, 14 Mac 2024

Peniaga terlibat dalam kejadian itu mengalami melecur 25 peratus di bahagian belakang badan, betis dan paha kiri.

SEORANG peniaga di sebuah bazar Ramadan di Jelebu, Negeri Sembilan melecur selepas sebuah kereta yang diletakkan berhampiran gerainya dalam keadaan enjin masih hidup tiba-tiba bergerak dan merempuh kuali berisi minyak masak panas yang sedang digunakan sehingga terbalik.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, terdapat dua kanak-kanak kecil di dalam kereta ketika kejadian sekitar pukul 5.45 petang Selasa itu.

“Pemandu telah meninggalkan kereta di luar bazar yang terletak di Kuala Klawang tanpa mematikan enjinnya.

“Tiba-tiba, kereta itu mula menggelongsor ke hadapan dan melanggar kuali berisi minyak masak,” katanya sambil menambah seorang peniaga berusia 40 tahun melecur 25 peratus di bahagian belakang badan, betis dan paha kiri.

BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026

BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan

Maslan berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 14(1)(a) Peraturan Lalu Lintas Jalan.

Beliau turut meminta saksi untuk tampil membantu polis dalam siasatan.

Bagaimanapun nasib pemandu dan dua kanak-kanak dalam kereta tersebut tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram