WARGANET di Indonesia kecoh susulan kejadian sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai terbabas sebelum merempuh masuk ke sebuah bilik pameran kereta mewah di Jakarta, Indonesia pada Khamis.
Lebih mengejutkan, kemalangan tersebut menyaksikan kenderaan Mitsubishi Xpander itu turut melanggar sebuah kereta mewah jenis Porsche 911 GT3 2023 yang harganya mencecah lebih 8,967 juta rupiah (RM2.7 juta).
Berdasarkan klip yang tular sejak Khamis itu, SUV berkenaan dilihat merempuh Porsche tersebut dari arah depan sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami remuk di bahagian hadapan kenderaan.
Dalam pada itu, terdapat juga alat dipercayai besi pemegang cermin yang didapati turut menimpa kedua-dua kenderaan terbabit dalam kejadian tersebut.
BACA LAGI: Jadikan Birmingham muflis sebagai iktibar, ini pro-kontra Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026
BACA LAGI: Moreh antara 3 tradisi masyarakat Melayu meresap jadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan
Media tempatan melaporkan, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah pusat jualan kereta mewah yang terletak di Pantai Indah Kapuk, Jakarta Barat, Indonesia.
Kedai berkenaan yang dikenali sebagai Ivan's Motor sebelum itu turut dilaporkan baru saja mengiklankan kereta mewah berkenaan yang berwarna kelabu di Instagramnya pada 4 Mac lalu.
Punca sebenar kemalangan tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan rasa terkejut atas insiden yang berlaku.
"Jual buah pinggang tak cukup nak bayar ganti rugi," ujar seorang netizen secara berseloroh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram