Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati 6 lelaki bunuh Kevin Morais


Morais kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam lelaki atas sabitan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, sembilan tahun lalu.

Mereka ialah bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 61; pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 53; dan empat penganggur, R Dinishwaran, 32; A K Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; serta S Nimalan, 31.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu sebulat suara.

BACA LAGI: 'Kepercayaan' ibu bapa antara punca anak guna helmet kualiti rendah — Pakar

Pada 10 Julai 2020, semua lelaki berkenaan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh Morais di Jalan Dutamas Raya Sentul and No. 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya dalam pukul 7 pagi hingga 8 pagi pada 4 September 2015.

Morais dilaporkan hilang pada hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

BACA LAGI: [VIDEO] Abang cari saksi, tuntut bela kematian adik kemalangan di Juru

Mayatnya ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, 16 September tahun sama.

Hakim Hadhariah berkata kejadian membunuh dirancang rapi dan keadaan mayat si mati semasa dijumpai menunjukkan kekejaman kesemua tertuduh. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram