[VIDEO] Momen menyayat hati, bayi baru lahir masih bertali pusat disumbat dalam guni


  • Benua
  • Rabu, 13 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang bayi lelaki berlumuran darah dibuang di dalam guni di Indonesia.

PENDUDUK berdepan detik-detik cemas selepas menemui seorang bayi yang baru dilahirkan diikat di dalam sebuah guni.

Insiden itu dipercayai berlaku di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, orang awam ternampak sebuah guni dalam keadaan mencurigakan kerana bergerak-gerak sendiri sebelum menjumpai bayi tersebut.

Ketika kejadian, beberapa orang penduduk tempatan menemukan bayi itu disumbat dalam guni atau beg karung berwarna putih dan diletakkan berhampiran kawasan perumahan.

BACA LAGI: Kononnya nak ronda-ronda sementara tunggu iftar, 2 remaja perempuan tersangkut atas bumbung rumah jiran

BACA LAGI : Kren rempuh tiang sampai jatuh halang laluan punca jalan sesak di Lebuhraya PLUS dari Simpang Renggam ke Sedenak

Meskipun terkejut dengan penemuan itu, mereka kemudiannya cuba mengeluarkan bayi yang masih bertali pusat dan berlumuran darah dari guni tersebut.

Kedengaran juga suara perakam mengatakan bahawa bayi tersebut adalah lelaki.

"Bayi lelaki, ya ALLAH, dia masih hidup," katanya.

Bayi tersebut bagaimanapun masih bernyawa kerana terdengar suara tangisannya ketika ditemukan dalam guni.

Kelihatan juga bayi tersebut mengalami kecederaan di muka.

Namun, keadaan bayi selepas diselamatkan orang awam tidak dapat dipastikan lagi.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram