Pemandu bot hilang ketika memancing maut di Empangan Chenderoh


  • 112
  • Ahad, 21 Jan 2024

Pemandu bot yang hilang sejak Jumaat ditemui maut pada Ahad di Empangan Chenderoh, Kuala Kangsar. — APM Kuala Kangsar

LELAKI ditemui selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat ketika bot dinaiki bersama seorang rakan dipukul ribut dalam kejadian di Empangan Chenderoh, Kuala Kangsar.

Mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemui pukul 8.37 pagi pada Ahad, kira-kira 500 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bencana (PKB) operasi dan menyelamat (SAR).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa dijumpai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersama Unit Anjing Pengedan K9 JBPM sejurus operasi hari ketiga.

BACA LAGI: [VIDEO] Fire show, sukan ATV jadikan percutian di Avani Sepang Goldcoast lebih mengujakan

420663277_1776298992851642_3746718704466868195_n

Mayat mangsa dijumpai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersama Unit Anjing Pengesan K9 JBPM — APM Kuala Kangsar

“Mangsa ditemui di lokasi hotspot yang telah dikenal pasti semasa Unit K9 membuat operasi pencarian petang pada Sabtu.

"Tindakan membuat pusaran air menggunakan teknik figure of eight loop menggunakan bot JBPM juga dibuat di lokasi berkenaan sebagai usaha menimbulkan mangsa.

BACA LAGI: SIAR: Ketahui kisah silam Ibrahim Din, bintang filem Do Re Mi

420644494_1776299029518305_6332685940782361713_n

Mayat pemandu bot berkenaan kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — APM Kuala Kangsar

“Apabila operasi dimulakan pada Ahad, mangsa ditemui terapung di lokasi berkenaan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya melalui satu kenyataan.

Jumaat lalu, bot dinaiki mangsa bersama seorang lagi mangsa karam dilanda ribut sewaktu memancing, namun rakannya sempat diselamatkan pemancing lain yang berada berdekatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram