[VIDEO] Pemuda mengerang kaki terkepak sampai nampak tulang lutut di Baling


  • Tular
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Parit Panjang, Kuala Ketil, Baling, Kedah pada Sabtu. — Facebook/Eyna Jane

SEORANG lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan pada Sabtu.

Kejadian ngeri itu difahamkan berlaku berhampiran titian jambatan menghala ke sebuah sekolah menengah dekat Jalan Parit Panjang, Kuala Ketil, Baling, Kedah.

Insiden tersebut turut dirakam orang ramai yang berada di lokasi kemalangan sebelum dikongsikan di laman Facebook Eyna Jane pada hari yang sama.

Berdasarkan maklumat awal dikongsikan, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal tersebut dipercayai cedera di bahagian kaki kanan sehingga menampakkan tulang lutut dengan kakinya seolah-olah terkepak.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk trauma dengar bunyi 'klepak', wanita maut dipercayai ditolak kekasih dari tingkat 23 kondominium di Setia Alam

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat habiskan solat isyak, nenek temui ajal ketika berjemaah

Klip berdurasi lima saat itu juga menunjukkan mangsa dalam keadaan mengerang kesakitan sambil dibantu oleh penduduk kampung sekitar.

Sementara motosikal milik mangsa pula dilihat terperosok di bawah kereta jenis Proton Wira dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda.

Bagaimanapun, punca dan status terkini mangsa yang terlibat dalam nahas itu masih belum dapat dipastikan.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram