[VIDEO] Tak sempat habiskan solat isyak, nenek temui ajal ketika berjemaah


  • Benua
  • Sabtu, 09 Mac 2024

Detik-detik sebelum warga emas tersebut meninggal dunia ketika menunaikan solat secara berjemaah di Masjid Jami Albarokah, Kampung Kemasa, Bojong, Pekalongan, Jawa Tengah pada 1 Mac lalu.

SESUNGGUHNYA ajal dan maut adalah rahsia ALLAH SWT dan pastinya setiap umat Islam menginginkan kematian dalam keadaan husnul khatimah.

Begitulah pengakhiran hidup seorang warga emas berasal dari Indonesia yang menemui ajal ketika mengerjakan solat jemaah.

Menerusi video yang ditularkan di media sosial baru-baru ini, wanita yang dikenali sebagai Casuni, 75, menyertai jemaah lain ketika solat sudah dimulakan.

Bagaimanapun selepas bangun daripada bersujud, dia dilihat mulai lemah sehingga badannya perlahan-lahan rebah dan terbaring di atas sejadah, sementara jemaah yang lain meneruskan solat mereka.

Keadaan menimpa Allahyarham yang juga seorang peniaga di Pasar Wonopringgo hanya disedari rakan-rakannya selepas menunaikan solat.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk trauma dengar bunyi 'klepak', wanita maut dipercayai ditolak kekasih dari tingkat 23 kondominium di Setia Alam

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat hantar bekalan ayam, pemandu dan kelindan maut di Laluan Gopeng-Simpang Pulai

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Casuni menunaikan solat isyak di Masjid Jami Albarokah, Kampung Kemasa, Bojong, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia pada 1 Mac lalu.

Semasa hidupnya, wanita itu dikenali sebagai seorang yang rajin solat berjemaah di masjid.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa agar Allahyarham mendapat husnul khatimah selain menyifatkan pemergiannya sebagai kematian yang dicemburui.

"Ajal dan maut dah ditentukan ALLAH SWT, kematian wanita ini memang dicemburui ramai orang, semoga husnul khatimah," tulis Mafarizal.

"Meninggal dunia di rumah ALLAH SWT. Malaikat mencabut nyawanya dengan sangat perlahan. Semoga segala amalan dan kebaikannya diterima," kata KiOOkies. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram