[VIDEO] Percutian bertukar tragedi, remaja 17 tahun bercuti di Terengganu nyaris lemas di Pantai Pandak


  • 112
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang remaja lelaki nyaris lemas diselamatkan orang awam di Pantai Pandak, Chendering, Terengganu pada Jumaat.

SEORANG remaja lelaki nyaris menjadi mangsa lemas ketika bermandi di Pantai Pandak, Chendering, Terengganu pada Jumaat.

Mangsa, Muhammad Nashran Shafi Shahirwan, 17, bersama bapanya dipercayai baru tiba di negeri itu dari Melaka untuk bercuti dan remaja berkenaan mandi-manda di kawasan itu bersama bapanya sebelum nyaris lemas.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 9 pagi.

BACA LAGI : Dihanyut ombak besar, 2 kanak-kanak lemas di Dungun

BACA LAGI : Ibu panik gigi anak kena cabut 20 batang, ketahui langkah penjagaan mulut dan gusi sejak kecil

Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah ditarik arus ombak dan bergelut cuba menyelamatkan diri selama hampir lima minit sebelum berjaya diselamatkan oleh nelayan pesisir pantai menggunakan pelampung.

Mangsa kemudiannya dibawa ke dasar pantai dan diberi bantuan kecemasan manakala, bapanya pula dikatakan berjaya menyelamatkan diri berenang ke tempat selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar dilaporkan berkata, orang ramai masih dilarang melaksanakan aktiviti di air kerana cuaca masih tidak menentu dan amat berisiko untuk lemas.

“Dilarang sama sekali mandi di pantai ketika ini kerana amat bahaya dan pengunjung dinasihatkan patuh pada amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa”, katanya.

Terdahulu tular video tular seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, nyaris menjadi mangsa lemas kelapan di Terengganu bagi tahun ini selepas mandi di Pantai Pandak.

Untuk rekod, setakat tahun ini, sebanyak tujuh kes kematian akibat lemas direkodkan di seluruh Terengganu melibatkan Rantau Abang, Dungun (1 kes) ; Jeti Nelayan Bukit Tumbuh, Kuala Nerus (1 kes) ; Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (1 kes); Pantai Teluk Lipat, Dungun (2 kes) ; Pantai Tanjung Jara, Dungun (1 kes) dan Pesisir Pasar Payang (1 kes). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram