[VIDEO] Dihanyut ombak besar, 2 kanak-kanak lemas di Dungun


  • Massa
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Tangkap layar pihak JBPM Dungun cuba menyelamatkan mangsa yang lemas di Pantai Teluk Lipat, Kuala Dungun, Terengganu pada Sabtu.

DUA kanak-kanak ditemukan lemas selepas tiga jam operasi pencarian dalam kejadian di Pantai Teluk Lipat, Kuala Dungun, Terengganu pada Sabtu.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, difahamkan tiga kanak-kanak berumur sembilan hingga 11 tahun bermandi di pantai itu sebelum kesemua mereka dihanyutkan ombak besar.

Maklumat awal menyebut, seorang daripadanya terselamat, manakala dua lagi hilang.

Menerusi video yang tular di media sosial, orang awam termasuk dipercayai keluarga mangsa berkumpul sambil mendoakan kanak-kanak yang hilang ditemukan segera.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Dungun yang mendapat panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.22 petang menjalankan operasi mencari mangsa.

BACA LAGI: Ibu panik gigi anak kena cabut 20 batang, ketahui langkah penjagaan mulut dan gusi sejak kecil

Menurut maklumat terkini daripada pengguna Facebook, @Wan Hassan Mohd Ramli yang membuat penstriman langsung di lokasi kejadian, jasad kedua-dua mangsa yang hilang sudah ditemukan.

Walaubagaimanapun, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa yang dikeluarkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram