Polis siasat jika ada unsur pengabaian, kecuaian kes kanak-kanak autisme lemas di tasik Taman Aman


  • 112
  • Rabu, 28 Feb 2024

Kanak-kanak autisme yang ditemui maut akibat lemas di tasik Taman Aman, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

POLIS akan menjalankan siasatan jika terdapat unsur pengabaian dan kecuaian dalam kes seorang kanak-kanak lelaki autisme yang lemas di tasik dekat Taman Aman, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian sebelum itu dilaporkan oleh bapa mangsa kira-kira pukul 6.30 petang.

Shahrulnizam berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika mangsa berumur lima tahun yang juga pemegang kad kurang upaya (OKU autisme) sedang bermain dengan kembarnya di sebuah taman tasik rekreasi di dalam kawasan Sea Park, Petaling Jaya.

BACA LAGI : Kanak-kanak autisme lemas dalam tasik di Taman Medan

msg1050426791-26781

Kes mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

BACA LAGI : Penghantar barang pekak nyaris maut, toleh belakang lihat van dah putus 2 dirempuh kereta api

"Bapa mangsa mendakwa tertidur semasa memerhatikan anak-anaknya yang sedang bermain sekitar kawasan taman tersebut.

"Dia kemudian mencari anaknya yang hilang itu di sekitar kawasan berkenaan namun tidak menemuinya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, bapa mangsa selepas itu menerima panggilan daripada orang awam yang menemui anaknya dalam keadaan terapung di tasik berkenaan kira-kira pukul 6.50 petang.

"Mangsa ditemukan dalam jarak anggaran empat meter dari tebing tasik.

"Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang tiba untuk memberikan rawatan kecemasan," katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dilakukan oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati, punca kematian mangsa adalah lemas.

"Bedah siasat juga mendapati tiada kecederaan lain atau sebarang unsur penderaan pada anggota badan mangsa," katanya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah.

"Bagaimanapun siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021 kerana pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram