Ibu panik gigi anak kena cabut 20 batang, ketahui langkah penjagaan mulut dan gusi sejak kecil


  • Sihat
  • Isnin, 26 Feb 2024

Banyak bentuk penjagaan gigi boleh dibuat ibu bapa bagi membolehkan anak mereka memiliki gigi yang sihat sejak kecil.

SEORANG pengguna meluahkan rasa sedih apabila sebanyak 20 batang gigi susu anak perempuannya terpaksa dicabut.

Difahamkan, punca gigi anaknya itu perlu dicabut adalah kerana penggunaan botol dan susu formula yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Ekoran itu, dia turut memaklumkan bahawa doktor menyarankan agar si kecil hanya meminum susu segar.

BACA LAGI: Bakal nikahi ahli perniagaan, Shakilla Koriri letih kena urus banyak benda

Perkara itu dikongsinya di laman Facebook @Dailymakan agar boleh dijadikan pengajaran kepada diri sendiri dan juga ibu bapa di luar sana.

"Siapa yang salah? Mestilah mak ayah. Mak-mak kena kuat pantau pemakanan anak ya.

"Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dua jam lebih pembedahan, pengajaran buat diri sendiri," tulisnya.

Susulan itu, ramai ibu bapa mulai peka tentang betapa pentingnya penjagaan gigi dibuat terutama semasa anak mereka masih kecil.

Terdapat banyak penjagaan sejak kecil yang boleh dibuat bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh gigi yang sihat.

BACA LAGI: Heidi Moru idam mahu melaram baju rekaan budak UiTM di pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2023

WhatsApp Image 2024-02-24 at 8.43.55 PM

Membersihkan gigi dengan kerap merupakan salah satu langkah penjagaan kanak-kanak.

1. Membersihkan sekitar kawasan dalam mulut dengan kerap

Langkah penjagaan gigi kanak-kanak perlulah dibuat sejak lahir.

Walaupun gigi si manja masih belum tumbuh, namun gusi anak masih perlu dibersihkan dua kali sehari.

Membersihkan sekitar dalam mulut dengan kerap menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sudah mempunyai asas penjagaan gigi yang kukuh.

WhatsApp Image 2024-02-24 at 8.47.02 PM

2. Melakukan pemeriksaan berkala

Selepas gigi si kecil tumbuh, ibu bapa perlulah memeriksa dengan lebih kerap kesihatan gigi dan mulut anak mereka yang boleh dibuat di klinik gigi.

Dengan cara itu, pihak perubatan mampu memantau pertumbuhan gigi kanak-kanak bagi memberi sebarang maklum balas mengenai keadaan gigi.

3. Menjaga pemakanan kanak-kanak

Kebiasaannya, ibu bapa akan memberikan pelbagai jenis makanan kepada anak mereka mengikut tahap tumbesaran dan keperluan nutrisi.

Namun, jika menginginkan anak anda mempunyai gigi yang cantik, jangan sesekali memberikan makanan yang mengandungi banyak garam dan gula.

Bukan itu sahaja, sering mengambil pemakanan yang manis boleh membawa kepada risiko tinggi kepada masalah gigi, selain keadaan kesihatan kronik seperti obesiti dan kencing manis.

Supaya gigi si manja anda terus kuat dan sihat, para ibu boleh memberi mereka makanan yang mengandungi kalsium seperti sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, serta produk tenusu seperti keju atau yogurt.

Elakkan memberinya makanan manis yang mengandungi banyak gula seperti coklat.

anak-anda-susah-makan-coba-trik-ini

Ibu bapa tidak boleh dengan pantas menyimpulkan anak mereka sebagai seorang yang cerewet atau 'picky eater' jika enggan makan.

4. Peka kepada perubahan sikap

Kadangkala, kanak-kanak enggan makan dan tidak mahu menggosok gigi.

Walaupun begitu, ibu bapa tidak boleh dengan pantas menyimpulkan anak mereka sebagai seorang yang cerewet atau picky eater.

Anak mereka mungkin mengalami masalah gigi yang membuatkan sukar untuk mengunyah dan terpaksa mengelak untuk makan.

Selalunya, anak yang sedang mengalami masalah gigi atau sakit gusi akan mengelak daripada makan benda-benda yang keras seperti ayam atau buah epal.

Kesakitan berpanjangan boleh menyebabkan mereka meragam dan sukar untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran di sekolah mahupun prasekolah.

Bukan itu sahaja, kesihatan mulut yang teruk juga boleh memberi impak negatif terhadap keyakinan diri anak.

Mereka mungkin akan diusik di sekolah kerana mempunyai gigi reput.

5. Jangan membiarkan bayi tidur dengan botol susu di dalam mulut

Segelintir ibu bapa mungkin membiarkan sahaja bayi mereka untuk tidur dalam keadaan botol susu masih berada di mulut.

Perkara ini sering kali diambil remeh namun sebenarnya boleh menyebabkan gigi kanak-kanak memiliki timbunan sisa susu yang akhirnya membuatkan gigi si manja mudah rosak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram