Kanak-kanak autisme lemas dalam tasik di Taman Medan


  • 112
  • Selasa, 27 Feb 2024

Posting dimuat naik ibu kanak-kanak lelaki autisme di Facebook beberapa jam sebelum mangsa ditemukan lemas di tasik di Taman Medan, Petaling Jaya.

SEORANG kanak-kanak lelaki autisme ditemui lemas di tengah tasik di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan oleh pemancing kira-kira pukul 7 malam, Selasa.

"Difahamkan sebelum kejadian, bapa mangsa ada membuat laporan di Balai Polis Sea Park berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit kira-kira petang 4 petang.

BACA LAGI : Penghantar barang pekak nyaris maut, toleh belakang lihat van dah putus 2 dirempuh kereta api

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat," katanya memetik laporan media.

Terdahulu, ibu mangsa ada membuat hantaran di Facebook untuk mencari anaknya yang hilang di Taman Aman sekitar pukul 4 petang, Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram