Tiada rancangan perkenal semula GST — Amir Hamzah


  • Primer
  • Selasa, 05 Mac 2024

Amir Hamzah berkata, waktu ini bukan merupakan masa yang sesuai untuk melaksanakan semula cukai kepengggunaan tersebut. — Gambar hiasan

KERAJAAN tidak mempunyai perancangan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, waktu ini bukan merupakan masa yang sesuai untuk melaksanakan semula cukai kepengggunaan tersebut.

"Ia adalah satu bentuk cukai kepenggunaan yang lebih luas dan oleh itu, ia bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkannya semula, kerana rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah sedang menghadapi cabaran kos sara hidup,” katanya semasa Sesi Soalan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen pada Selasa.

Amir Hamzah berkata, walaupun kadar inflasi bagi 2023 berada pada purata 2.5 peratus, beliau berkata, kadar inflasi untuk makanan dan minuman adalah pada 5 peratus.

“Kategori ini (inflasi makanan dan minuman) paling dirasai oleh rakyat.

“Ini adalah antara sebab mengapa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikekalkan pada 6 peratus untuk makanan dan minuman,” katanya.

BACA LAGI: Cukai 10 peratus barangan import online, ketahui fakta produk LVG yang terjejas

2576056

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Amir Hamzah menjawab soalan tambahan dibangkitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang), yang bertanya sama ada kerajaan akan memperkenalkan semula GST.

Terdahulu, Amir Hamzah berkata, untuk meningkatkan ruang fiskal kerajaan, adalah penting untuk menutup ketirisan yang berlaku dalam pemberian subsidi bersasar dan pada masa sama meluaskan asas percukaian.

Ujarnya, kadar asas cukai Malaysia kini adalah rendah iaitu 11.2 peratus berbanding daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), berbeza dengan Singapura 12.6 peratus.

“Pembaharuan cukai diperlukan, tetapi kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan rakyat tidak terbeban dan ruang fiskal kekal mampan,” katanya.

Amir Hamzah juga berkata, berikutan pelaksanaan cukai baharu, kerajaan memantau harga barangan mulai 1 Mac lalu.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat peniaga yang menaikkan harga sesuka hati,” katanya.

Menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang), Amir Hamzah berkata, kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

"Kerajaan juga terbuka untuk mengkaji cukai yang boleh meningkatkan hasil tanpa memberi kesan yang meluas," katanya.

BACA LAGI: Cukai Arab Saudi punca antara punca kos haji meningkat — Mohd Na'im

Hameediyah Restaurant press conference on shortage of staff in Campbell Street, George Town. ( Oct 22, 2021 ). — K.T.GOH/The Star

Amir Hamzah berkata, walaupun kadar inflasi bagi 2023 berada pada purata 2.5 peratus, beliau berkata, kadar inflasi untuk makanan dan minuman adalah pada 5 peratus. — Gambar hiasan

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, bagi meningkatkan hasil negara, kerajaan mengambil langkah berperingkat dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang lebih berkemampuan.

Sebagai contoh, Amir Hamzah berkata, kenaikan dua mata peratusan dalam SST untuk tarif elektrik dilaksanakan untuk pengguna komersial yang menggunakan lebih 600 kilowatt sejam.

“Ini adalah 15 peratus daripada pengguna terbesar dan untuk baki 85 peratus, tidak akan ada cukai dalam bil mereka. Pada masa sama, air juga dikecualikan daripada SST,” tambah Amir.

Berkuat kuasa 1 Mac 2024, cukai perkhidmatan di Malaysia akan naikkan kepada 8 peratus daripada 6 peratus.

Bagaimanapun, Kerajaan memaklumkan , kadar cukai baharu untuk perkhidmatan digunakan secara meluas rakyat Malaysia seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta, kekal dan tidak berubah pada kadar 6 peratus. — The Star/TARRENCE TAN/RAGANANTHINI VETHASALAM/MARTIN CARVALHO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram