Kenaikan SST dikecualikan kepada 8 juta pengguna air di Malaysia — PETRA


  • Primer
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Pengecualian itu membabitkan 87 peratus pengguna domestik dan 13 peratus pengguna bukan domestik. — Gambar hiasan

SERAMAI lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air di Semenanjung dan Labuan bakal mendapat pengecualian daripada kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa bermula Jumaat.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah itu membabitkan 87 peratus pengguna domestik dan 13 peratus pengguna bukan domestik.

“Selain itu, seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Labuan juga tidak terkesan dalam kenaikan caj berkenaan,” ujar kenyataan itu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Rabu lalu berkata, perkhidmatan air terawat dikecualikan daripada SST.

BACA LAGI: [VIDEO] Selain MyKad, minta tunjuk aplikasi MySejahtera elak pelancong Indonesia ambil kesempatan beli tiket murah

2564224

Bermula pada Jumaat, kadar SST untuk kebanyakan perkhidmatan, termasuk perkhidmatan digital berpusat di luar negara akan dinaikkan. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Terkejut cari nombor MyKad di Google keluar data peribadi, sijil PMR pun ada

Katanya, kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam ke lapan peratus mulai Jumaat tertumpu kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti perniagaan.

Ujar beliau, langkah itu diambil bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, telekomunikasi serta logistik.

Dalam pada itu, PETRA menerusi kenyataan sama memaklumkan kerajaan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.

“Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berdepan musim panas dan kering di kebanyakan negeri,” kata kenyataan itu lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram