[VIDEO] Siap cabut brek, 'Superman' RXZ Fighter bagi isyarat berhenti lepas tergolek sebelum kamera Awas rupanya berlumba


  • 112
  • Ahad, 03 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang penunggang RXZ tercampak jatuh di laluan kanan lebuh raya terbabit selepas terlibat kemalangan di LPT2, Perasing, Kemaman pada Jumaat.

POLIS mengesahkan kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, Kemaman, Terengganu pada Jumaat yang mengakibatkan dua penunggang motosikal parah berpunca daripada tindakan mereka mencabut brek sehingga gagal berfungsi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa juga dikatakan sedang berlumba ketika berkonvoi ke program RXZ Fighter Gathering Kuantan 2024.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Razlan dilaporkan berkata, kedua-dua lelaki itu cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.

"Kejadian berlaku 12 tengah hari Jumaat apabila kedua-dua mangsa telah mencabut brek sehingga gagal berfungsi dan mengakibatkan kemalangan,” katanya pada Sabtu.

Tambah beliau, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Kemaman, Terengganu.

BACA LAGI : [VIDEO] ‘Superman’ sempat bagi isyarat tangan suruh berhenti lepas motor kena lenyek ngam-ngam sebelum kamera Awas

@majoritiofficial Dah terang lagi bersuluh siapa yang salah. Tepuk dada tanya selera Klik link untuk berita dan video penuh #majoritiofficial #beritaditiktok #terkini #fyp #rxz #rxzfighter ♬ Suspense - Gold-Tiger

BACA LAGI : Sedih sampai terduduk, lelaki demam sanggup tunggu lebihan makanan 'tapau' sebab isteri dan anak lapar

Terdahulu, Majoriti melaporkan kemalangan melibatkan konvoi motosikal yang sedang dalam perjalanan untuk ke acara aktiviti permotoran berkenaan pada Jumaat.

Video mengenai kejadian di LPT2 dekat Perasing itu tular di media sosial selepas ia dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan di lokasi.

Berdasarkan klip tersebut, sekurang-kurangnya tiga penunggang motosikal dilihat menunggang secara berbahaya dengan membuat aksi 'superman' di lebuh raya terbabit.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka kemudiannya terjatuh selepas salah seorang daripadanya bergesel dengan sebuah kenderaan ketika cuba untuk memotong.

Situasi itu menyebabkan ketiga-tiga penunggang itu berlanggar antara satu sama lain dan tercampak di atas jalan raya.

Salah seorang daripada mereka juga dilihat terjatuh di lorong kanan jalan dan hampir dirempuh oleh kenderaan yang melalui lorong berkenaan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka hadapan kenderaan terbabit, mangsa yang tercedera dilihat sempat mengangkat tangan memberi isyarat meminta kereta tersebut untuk berhenti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram