[VIDEO] Pemandu wanita naik status bersyukur terselamat, akui tak perasan sebelum rempuh treler di Klang


  • Tular
  • Sabtu, 02 Mac 2024

Keadaan depan kereta mangsa remuk selepas merempuh lori terbabit di Aman Perdana, Klang, Selangor pada Khamis. — Twitter

SEORANG wanita bernasib baik selepas terlibat dalam kemalangan kecil dengan sebuah lori di Aman Perdana, Klang, Selangor pada Khamis lalu.

Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial sejak Sabtu, mangsa mengakui tidak perasan kehadiran lori terbabit sebelum merempuh tepi kenderaan itu.

Dalam hantaran dimuat naik di Facebook mangsa, Bunga Zara Yasin, dia hanya mengalami kecederaan ringan akibat hentakan daripada kemalangan tersebut.

"Alhamdulillah, hanya sakit di dada, hidung dan dahi dan sedikit kesakitan di jari hantu mungkin kena air bag," tulisnya.

BACA LAGI : Penunggang motor melambung rempuh kereta tak jadi 'U-turn', berhenti tengah jalan di Ketereh

GHqinZUWYAAA3AY

Situasi ketika kemalangan itu berlaku. — Twitter

BACA LAGI : Pemandu Wira rempuh penunggang OKU sampai maut di Jalan Batu Kitang bukan lari tapi serah diri

Dalam video itu, kedengaran suara pemandu lori tersebut yang seperti memarahi mangsa kerana tidak melihat kenderaannya.

Namun, keadaan jalan di lokasi kejadian gelap walaupun mempunyai lampu jalan berkemungkinan menjadi antara punca kemalangan berlaku.

Dia menganggap bahawa kerosakan keretanya akibat hentaman itu tidak memberi kesan besar terhadapnya malah bersyukur kerana masih selamat.

"Harta dunia hanya sementara. Ya ALLAH, sikit pun aku tak rasa aku kehilangan harta aku, sebab aku reda," kongsinya lagi.

Pada masa sama, perkongsiannya itu dikatakan untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati di jalan raya.

Baginya, ia hanyalah satu peringatan yang perlu dilakukan bagi memberi kesedaran terhadap pengguna jalan raya lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram