[VIDEO] Kecoh Langkah Dubai, Puad Zarkashi cadang J-KOM dirombak sepenuhnya


  • Politik
  • Rabu, 03 Jan 2024

Puad Zarkashi menyifatkan dakwaan Langkah Dubai itu 'cetek' dan mencadangkan agar J-KOM dirombak semula secara menyeluruh. — Bloomberg

SELEPAS dunia politik digemparkan dengan isu Langkah Dubai yang menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia, kali ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi pula tampil bersuara.

Puad dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di bawah Kementerian Komunikasi perlu dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu membuat dakwaan berkenaan Langkah Dubai.

Beliau berkata, dakwaan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop itu disifatkan sebagai dakwaan 'cetek' sehingga menjejaskan reputasi kerajaan.

BACA LAGI: Langkah Dubai hanya 'diversion' - Wan Fayhsal

"Apa keperluan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM mainkan isu Langkah Dubai?.

TOKYO, 18 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang akhbar bersama media Malaysia mengenai lawatan kerja beliau ke Jepun di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Langkah Dubai itu didakwa untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar. — Bernama

"Imej J-KOM makin merudum selepas kontroversi bekas ketua pengarahnya, Agus Yusoff dengan pembantu beliau, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

"Maka, amat wajar J-KOM dirombak secara menyeluruh atau penjenamaan semula dan dipimpin oleh mereka yang lebih kompeten," katanya.

Terdahulu, Ismail dilaporkan mengeluarkan dakwaan bahawa terdapat gerakan yang mahu menjatuhkan pentadbiran kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipanggil Langkah Dubai.

BACA LAGI: Ahmad Zahid sahkan Langkah Dubai berlaku, terima maklumat risikan penerbangan individu terlibat

Malah dakwaan tersebut juga dilaporkan diketahui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Lipis, Pahang, Abdul Rahman juga dilaporkan menafikan dakwaan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram