Khairuddin Othman bakal dilantik KP J-KOM ganti Agus?


  • Politik
  • Khamis, 08 Feb 2024

Mohd Khairuddin merupakan bekas ADUN Paya Jaras kini disebut-sebut menggantikan Agus sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

BEKAS Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman menjadi antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dalam masa terdekat.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras dan pemimpin daripada Partik Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan menjadi pilihan untuk dilantik ke jawatan tersebut yang sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa calon bagi KP J-KOM sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas proses dokumentasi selesai.

BACA LAGI: J-KOM perlu berubah, elak dikaitkan dengan Jasa

2391768

Bekas KP J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh Langkah Dubai, Puad Zarkashi cadang J-KOM dirombak sepenuhnya

Katanya, nama calon berkenaan juga sudah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet.

Mohammad Agus sebelum ini sah meletakkan jawatan sebagai KP J-KOM pada 15 November lalu.

Beliau turut terpalit dengan dakwaan isu rakaman perbualan tidak bermoral yang dilakukan bersama seorang pegawai J-KOM.

Kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram