Kambing malbari tarikan bufet Tradisi Warisan Four Points, Sheraton Puchong


  • Bizz
  • Khamis, 29 Feb 2024

Pelbagai hidangan ala kampung yang disediakan di bufet Tradisi Warisan sepanjang Ramadan kali ini.

MENJELANG Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Four Points, Sheraton Puchong, Selangor menyediakan pelbagai juadah enak untuk berbuka puasa.

Bufet berkonsepkan Tradisi Warisan itu akan membawa anda merasai hidangan tradisional dan tempatan asli resipi turun temurun.

Lebih menarik, ia pastinya membuatkan anda mengenang kembali masakan kegemaran seperti di kampung halaman.

BACA LAGI: Pilihan masakan kampung hingga mi tarik, Food Network Summit USJ syurga penerokaan gastronomi!

msg1050426791-26638

msg1050426791-26639

msg1050426791-26643

Antara juadah istimewa di bufet Tradisi Warisan.

Bufet tersebut juga menyediakan lebih daripada 50 jenis hidangan tradisional antaranya asam pedas ekor, ketam masak lemak belimbing buluh, kambing malbari (kambing yang disemak dengan kerisik dan rempah ratus seperti jintan manis dan putih), lemang pulut hitam dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, bufet Tradisi Warisan ada menghidangkan pelbagai jenis sup berkhasiat seperti sup gear box, sup kambing merah dan sup tofu ayam.

BACA LAGI: Gabungan menu makan kenduri 3 kaum jadi 'rencah' Destinasi Rasa 2024

Pelanggan juga boleh menikmati suasana segar dengan menikmati menu yang disediakan di luar pekarangan hotel dengan berkonsepkan seperti gerai mini.

Gerai-gerai itu menghidangkan menu menarik seperti kambing panggang dengan nasi mandy, aneka sate, nasi ayam, makanan laut bakar, kebab, rojak dan pelbagai jenis gorengan.

msg1050426791-26641

msg1050426791-26640

Antara aneka pemanis mulut tradisional disediakan.

Selain itu, anda bakal dihiburkan dengan persembahan Ghazal Luxamana Songkok sambil menjamu selera.

Bufet makan malam Tradisi Warisan dibuka dari 12 Mac hingga 8 April 2024 pada harga RM168 (dewasa) manakala RM138 (kanak-kanak).

Jangan risau, anda juga berpeluang untuk membeli baucar early bird bermula sekarang hingga 20 Mac 2024 pada harga RM138 (dewasa) dan RM108 (kanak-kanak).

Four Points Puchong kali ini turut menawarkan hamper mengandungi pelbagai jenis biskut yang boleh didapatkan pada harga RM118 sahaja.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh hubungi 03-58918855 atau e-mel kepada [email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram