Kambing golek, tiram keju hidangan unik bufet Ramadan Hotel Seri Pacific


  • Bizz
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Kambing panggang antara menu unik menjadi tarikan untuk bufet Ramadan di Restoran Zende, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

SEMPENA menyambut kedatangan bulan Ramadan, Hotel Seri Pacific menjemput orang ramai menikmati Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Restoran Zende bermula 14 Mac hingga 7 April ini.

Pelbagai juadah enak berkonsepkan Nusantara daripada hidangan berat sehingga pencuci mulut disediakan untuk pengunjung.

Pelanggan juga dapat merasai kepelbagaian menu halal termasuk masakan kampung, Arab, makanan laut, kuih-muih dan banyak lagi.

Antara hidangan istimewa yang pastinya lebih membangkitkan selera adalah kambing panggang dan tiram segar dibakar bersama keju.

Lebih menarik, Hotel Seri Pacific juga menyediakan hidangan berkuah seperti bakso dan sup gear box selain snek bergoreng seperti pisang goreng, cucur ikan bilis dan cucur pisang resipi asli turun-temurun.

BACA LAGI: Penghuni segala bulan kembali, Ramadan buat kita 'mewah' dengan peluang

photo_6233003054630812247_y

photo_6233003054630812249_y (1)

photo_6233003054630812265_y (1)

photo_6233003054630812253_y (1)

photo_6233003054630812250_y (1)

Antara juadah yang disediakan bagi bufet berbuka puasa di Hotel Seri Pacific.

BACA LAGI: Putrajaya Marriot Hotel perkenal '7 Pahlawan Pentas Citarasa' sempena iftar Ramadan

Menurut Cef Eksekutif, Zainuddin Abdul Rahim, hidangan tradisi Cina juga antara elemen yang dimasukkan demi memastikan Ramadan 2024 lebih menarik dan berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Makanan-makanan yang dihidangkan adalah lebih berkonsepkan kenegerian. Contohnya, kita ada peknga (lempeng kelapa), gulai kawah, mi cedok (mi goreng kawah pasar malam), roti john dan sebagainya," katanya kepada Majoriti.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat membasahkan tekak dengan pelbagai jenis minuman dan buah-buahan segar.

Pakej berbuka puasa itu boleh dinikmati pada harga early bird RM130 (dewasa) yang boleh ditempah hingga 29 Februari ini.

Manakala, harga yang dikenakan selepas tarikh tersebut adalah sebanyak RM160 dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak.

Sementara itu, Hotel Seri Pacific turut menyediakan pakej bufet bersahur dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pelanggan boleh menghubungi talian 014-2893404 melalui aplikasi WhatsApp atau layari laman web Seri Pacific Hotel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram