[VIDEO] Lepas Pulau Pinang, kejadian paip pecah berlaku pula di Dengkil


  • Tular
  • Rabu, 28 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan air yang melimpah akibat paip pecah berhampiran jejambat di Dengkil, Selangor pada Selasa.

KEJADIAN paip pecah sememangnya bukan sesuatu mengejutkan dan dilihat kerap berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.

Sebelum ini, penduduk Sungai Perai, Pulau Pinang pernah berdepan dengan masalah tersebut sehingga mengganggu aliran bekalan air.

Ketika itu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengesan kebocoran besar pada bahagian saluran paip 1,350 milimeter (mm) di dasar Sungai Perai sekali gus menyekat bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di negeri itu.

BACA LAGI : Saluran paip di dasar Sungai Perai bocor lagi, ramai mula persoal aspek penyelenggaran

msg1050426791-26679

Paip yang bocor di Pulau Pinang pada Januari lalu. — PBAPP

BACA LAGI : [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

Masalah itu bagaimanapun sekali lagi berlaku, tetapi di negeri lain sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @MrSyafiqMK, kejadian sama dikatakan berlaku di sebuah lebuh raya berhampiran jejambat di Dengkil, Selangor menghala ke Putrajaya pada Selasa.

Dalam video tersebut, kelihatan limpahan air yang membanjiri kawasan itu sekali gus menghalang laluan pengguna jalan raya pada waktu itu.

Beberapa kenderaan juga dilihat terpaksa berhenti kerana tidak dapat melalui jalan yang dipenuhi air.

Pada masa sama, kelihatan juga air deras memancut keluar tanpa henti daripada paip berkenaan.

Namun, masalah itu masih tidak dapat dipastikan sama ada masih berlarutan atau sudah diselesaikan.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Sementara itu, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap perkara tersebut.

"Bukan ke paip besar tepi tu baru berapa bulan siap? Rasanya dalam hujung tahun lepas siap," soal @eeeooonnneee.

"Patutlah jem gila," komen @lahhamid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram