[VIDEO] Saluran paip di dasar Sungai Perai bocor lagi, ramai mula persoal aspek penyelenggaran


  • Massa
  • Selasa, 23 Jan 2024

Kebocoran paip dasar Sungai Perai kali ketiga berlaku pada Isnin. — Facebook PBAPP

SALURAN paip di dasar Sungai Perai, Pulau Pinang dilaporkan bocor lagi pada Isnin.

Ia merupakan kejadian kali ketiga yang berlaku melibatkan bahagian saluran paip bawah permukaan air 1,350 milimeter (mm) berkenaan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum.

BACA LAGI : [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

BACA LAGI : [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

"Langkah ini mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di Daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai Selatan.

"Sila ambil perhatian bahawa ini adalah kejadian mendadak dan bukan gangguan bekalan air berjadual yang dilakukan oleh PBAPP," katanya pada Selasa.

Pada masa sama, PBAPP juga telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya.

"PBAPP telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya. Kami akan menyiarkan kemas kini sewajarnya," katanya lagi.

Sementara itu, hasil tinjauan Majoriti rata-rata penduduk yang terjejas meluahkan perasaan kecewa dengan insiden tersebut.

Noor Idayu Samat berkata, insiden tersebut kerap kali terjadi sehingga menyebabkan dia berasa kecewa.

"Kalau sekali berlaku boleh dimaafkan lagi, ini sudah beberapa kali berulang kejadian sama.

"PBAPP kena mengaku memang ada masalah dan lemah dalam aspek maintenance (penyelenggaraan).

"Kalau tekanan kuat, kena cari alternatif lain dari dulu lagi.

"Jangan salahkan 'management' yang terdahulu, rakyat dah bosan nak tahu semua itu. Air adalah keperluan hidup, jangan pandang remeh aspek maintenance," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram