Mahkamah benar tangguh prosiding kes pengubahan wang haram Muhyiddin


Mahkamah menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan kes untuk memaklumkan perkembangan bagi rayuan pihak pendakwaan.

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan prosiding dalam kes pengubahan wang haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung pengguguran pertuduhan salah guna kuasa terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Azura Alwi, dalam penghakimannya dilaporkan berkata, selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah semua pihak, mahkamah memutuskan bahawa permohonan pihak pendakwaan untuk penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen dibenarkan sehingga rayuan pihak pendakwaan selesai.

Pihak pendakwaan sebelum ini membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta untuk parti Bersatu berkaitan projek sama.

BACA LAGI: Muhyiddin diberi pelepasan pasport, rasmi restoran rakan karib di Thailand

Interview with Tan Sri Muhyiddin Yassin at Pejabat Mantan PM, MIDA Sentral on July 26. _AZMAN GHANI/The Star

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA LAGI: Kes Nik Elin Zurina: Fahmi tegur Muhyiddin sebar berita palsu

Keputusan rayuan itu akan didengar pada 28 Februari depan.

“Jika ada situasi yang memerlukan keputusan kehakiman (di mahkamah rayuan), kes di Mahkamah Sesyen perlu digantung, demi keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

“Ini juga bagi mengelak sebarang gangguan terhadap prosiding kes di mahkamah ini kerana terdapat permohonan lain yang telah difailkan selain perbicaraan di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan dalam masa terdekat,” kata Azura.

Mahkamah menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan kes untuk memaklumkan perkembangan bagi rayuan pihak pendakwaan.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu berdepan dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, berjumlah RM195 juta, daripada Bukhary Equity, yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas tuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM5 juta.

Kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan bersama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram