Cucu maut sebelah nenek kemalangan dirempuh trak pikap di Gerik, netizen kongsi trauma guna laluan sama


  • 112
  • Selasa, 27 Feb 2024

Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Gerik, Perak pada Isnin. — Facebook

SEORANG kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki bersama neneknya dirempuh sebuah pacuan empat roda yang terbabas dari arah bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Gerik, Perak pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kemalangan maut yang berlaku sekitar pukul 3.30 petang itu melibatkan empat buah kenderaan.

Ia membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta dinaiki mangsa dan tiga kenderaan lain iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, lori tanpa muatan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier.

Menurut Zulkifli, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 41 tahun dari arah Gerik menghala ke Lenggong hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Toyota Hilux itu kemudian melanggar tiga kenderaan lain yang berada di laluan sah.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

428710950_908271747417411_3824944312826392689_n

Menurut Zulkifli, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 41 tahun dari arah Gerik menghala ke Lenggong hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. — Facebook

BACA LAGI: Bahana mabuk, isteri maut dibakar suami di Sabah

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zara Khayla Khairil Azrul, 11, berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan ucapan takziah atas kejadian yang berlaku.

Pada masa sama, terdapat juga antara mereka berkongsi pengalaman menakutkan mereka ketika menggunakan laluan terbabit.

"Saya kalau ke Baling, lalu Kulim. Beberapa kali lalu Kuala kangsar-Gerik-Kroh-Baling ni, ramai yang dekat selekoh masuk laluan orang. Fobia saya jalan ni," tulis Ya Awwal Ya Aakhir.

"Lalu sini jangan ikut hati perasaan sangat, banyak jalan berliku sebab itu dia letak double line. Harap jadi pengajaran buat semua Al-Fatihah buat mangsa," kata Puteri Nina.

"Jalan ni paling scary...Walaupun double line, tetap banyak kenderaan memotong di sini. Potong tak lepas. Nak slow belakang ada yang lain.

"Sudahnya kita yang kena ke tepi keluar jalan bagi laluan...takziah buat keluarga yang terlibat," kata Muhammad Adham Anuar.

"Baru lagi lalu jalan ni, permukaan jalan tak stabil. Banyak tampal-tampal, kereta laju-laju, bahaya takut-takut hilang kawalan," ujar Mohamad Faizul Mansor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram