Lima suspek kes tragis pukul pemandu hingga mati di Semenyih didakwa Selasa


Tangkap layar video tular memaparkan mangsa yang diikat dan dipukul sekumpulan individu di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor pada Selasa. — Facebook

LIMA individu disyaki terlibat dalam kes pukul hingga mati seorang pemandu kereta dalam satu kejadian kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang Selangor pada Februari lalu akan di didakwa pada Selasa.

Ketua Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua suspek lelaki berusia 22 hingga 52 tahun itu bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek akan dituduh pagi esok (Selasa) di Mahkamah Bandar Baru Bangi," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Saya tak sanggup tengok video anak diikat, kena pukul — Bapa

428713012_825447362955823_5634845380418922913_n

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat insiden pukul terbabit. — Facebook

BACA LAGI: Tangkap penjenayah bukan lesen buat orang awam 'jatuh hukum' sampai mati — Peguam

Dalam kejadian awal pagi 20 Februari lalu, seorang lelaki dilaporkan bukan sahaja ditarik keluar dari kereta oleh beberapa individu, malah tangannya turut diikat sebelum dipukul hingga meninggal dunia.

Sebelum kejadian, mangsa difahamkan dikejar orang awam selepas cuba untuk lari daripada satu lokasi kemalangan sebelum dia kemudiannya terbabas melanggar pagar sebuah kawasan perumahan.

Ekoran daripada itu, polis menahan lima lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan.

Video mengenai insiden tragis tersebut turut tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram