KHUTBAH Jumaat dibuat bagi membolehkan umat Islam khasnya golongan lelaki mendengar teguran, nasihat, amanat dan pesanan yang menyentuh pelbagai perkara.
Ini kerana, ketika solat Jumaat merupakan peluang terbaik untuk menyampaikan pesanan serta amanat ketika umat Islam berkumpul seminggu sekali secara berjemaah di masjid .
Itulah yang diamalkan sejak sekian lamanya berdasarkan atas perintah wahyu dan amalan Rasulullah SAW selain menjadi rukun wajib dalam solat Jumaat.
Namun, baru-baru ini timbul keluhan daripada seorang pengguna di laman X yang berasa penyampaian dalam khutbah Jumaat di Selangor sudah tidak lagi menusuk ke dalam kalbu pengisiannya.
Dalam hantaran di laman X, @bckupacc99 mendakwa, banyak lagi isu lain yang perlu diperincikan kefahaman mengenainya seperti hal berkaitan solat, qada, jamak berbanding khatib hanya kerap menyentuh isu zakat sahaja.
"Tahun ini dapat berapa zakat, tolong berapa. Perkara ini sepatutnya menjadi minit mesyuarat atau laporan tahunan sahaja.
"Tiada langsung pasal sejarah-sejarah Rasulullah itu semua. Bukan tak bagus tetapi macam tiada benda yang boleh pendengar isi dalam dada," katanya.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut memuji ceramah khutbah yang disampaikan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyentuh soal pengorbanan dan jasa seorang ibu terhadap anak-anak mereka.
"Konteks khutbah macam ini, jatuh air mata," tulisnya.
Ada kata kena lihat pada siapa yang mengawal teks khutbah tersebut sepatutnya
perbanyakkan text memperingati mati, akhirat, persediaan diri & perkukuhan Ummah. pic.twitter.com/iZW5XkQVS1
— ِ (@bckupacc99) February 18, 2024
Melihat kepada perkara itu, seorang pengguna dengan nama samaran Labi labi turut berharap agar isu yang dibangkitkan dalam khutbah lebih memperincikan tajuk-tajuk tertentu.
"Khutbah dah tiba masa untuk menaik taraf untuk spesifikkan tajuk yang nak sampaikan itu.
"Kalau cerita bab solat itu perincikan lagi contoh perkara-perkara membatalkan solat mengikut mazhab empat dan realitinya dalam kehidupan masyarakat," tulisnya.
Seorang lagi pengguna dengan nama Oliver Shizuoka pula berasa situasi itu sangat berlainan dengan khutbah yang disampaikan di Kedah.
"Lain pulak dekat negeri Kedah, kawasan aku ini di Changlun ada masjid ini memang setiap Jumaat khutbahnya bertajuk pasal persediaan menghadapi kematian, balasan tak solat, ketaqwaan kepada ALLAH.
"Khatib tak baca dia berkhutbah dengan lantang tapi loghat Kedah," tulisnya.
BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat
Khutbah dalam solat Jumaat merupakan salah satu syarat sah solat Jumaat.
Dalam pada itu, terdapat beberapa netizen bersetuju topik zakat perlu diberi tekanan dalam ceramah memandangkan ianya merupakan salah satu rukun dalam Islam.
Antaranya, seorang pengguna dengan nama Kasi Adil berasa ceramah mengenai zakat mampu memberi kesedaran kepada rata-rata masyarakat mengenai kepentingan membayar zakat.
"Zakat itu kewajipan umat Islam, dengan zakat akan dapat membantu sesama Islam lain.
"Semua khutbah Jumaat penting. Orang yang tidak faham zakat dan kepentingannya sahaja tak terasa betapa pentingnya mengeluarkan zakat.
"Banyak zakat macam zakat pendapatan, zakat harta, zakat wang simpanan, zakat pertanian," tulisnya.
Seorang lagi pengguna dengan nama Faisal Rahim bersetuju penyampaian khatib perlu diperbaiki namun berasa penekanan soal zakat penting dibuat di negara ini.
"Kadangkala, tentang zakat ini, mereka banyak jawab persoalan umum seperti duit zakat RM1,000,000 diagih kemana?.
"Dengan cara tu, kutipan zakat dapat meningkat lebih banyak dan lebih ramai asnaf dapat dibantu.
"Orang yang tiada persoalan itu seperti regular pembayar zakat memang tiada keperluan nak tahu isu begitu. Tapi yang nak tahu pun ramai juga.
"Ia antara topik yang kena ulang-ulang seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain sebab ia rukun," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram