[VIDEO] Suspek biar 2 budak keluar kepala ikut 'sunroof' turut dikesan langgar lampu merah — Polis Subang Jaya


  • 112
  • Khamis, 15 Feb 2024

Tangkap layar kejadian dua orang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui sunroof di Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Isnin.

POLIS sedang mengesan pemilik kereta yang membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui bumbung suria (sunroof) semasa kenderaan bergerak di atas jalan raya baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku pukul 3.23 petang Isnin di Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik melalui laman X @anthraxxx781.

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

Wan Azlan berkata, kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka kereta lain yang berada di belakang kenderaan terbabit semasa kejadian.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil keterangan pemandu terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, semakan nombor pendaftaran mendapati kenderaan itu dimiliki seorang warga tempatan beralamat di sekitar kawasan Putra Height, Subang Jaya, Selangor.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kecuaian terhadap kanak-kanak.

"Jika disabitkan kesalahan tindakan saman juga akan dikenakan terhadap pemandu kerana gagal mematuhi lampu isyarat merah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 0378627100 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram