Hadi Awang tak 'hilang', surat hospital sudah dihantar ke Speaker Parlimen


  • Politik
  • Isnin, 26 Feb 2024

Mohd Syahir berkata, surat berkaitan dan nota perubatan Abdul Hadi sudah diserah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Ahad, sehari sebelum pembukaan sesi Parlimen.

PRESIDEN PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak hadir di Parlimen kerana sedang cuti sakit, kata setiausaha politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Dalam satu pesanan ringkas kepada The Star, Mohd Syahir yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, surat berkaitan dan nota perubatan sudah diserah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Ahad, sehari sebelum pembukaan sesi Parlimen.

“Kesihatannya tidak mengizinkan, dan Abdul Hadi masih dalam tempoh pemulihan, seperti dinasihatkan doktornya. Dia juga perlu tinggal di hospital untuk rawatan susulan.

"Kami telah menyerahkan surat yang diperlukan dan nota perubatan hospital kepada Speaker pada 25 Februari untuk memaklumkan bahawa Abdul Hadi tidak akan dapat menghadiri persidangan hari ini (Isnin). Ini semua dilakukan lebih awal untuk memastikan Speaker dimaklumkan dengan sewajarnya mengapa Abdul Hadi tidak dapat berada di kerusinya hari ini (Isnin)," kata Mohd Syahir.

BACA LAGI : Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

GHOySSIbwAA25K5

Tangkap layar foto memaparkan ketidakhadiran Abdul Hadi ketika pembukaan mesyuarat pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. — Twitter

BACA LAGI : [VIDEO] Kembar 'gila' buat hal di lebuh raya rupanya dihantui 'misteri' tersendiri

Terdahulu pada Isnin, Abdul Hadi tidak kelihatan pada pembukaan mesyuarat pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Semasa Sultan Ibrahim bertitah, kerusi presiden PAS di barisan hadapan bangku pembangkang dilihat kosong dan ia menimbulkan persoalan mengenai keberadaannya. — The Star/ZAKIAH KOYA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram